Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KUMPULAN H

Pasukan 'kerdil' berdiri megah

Giliran Jepun dan Senegal catat kejutan
Jun 21, 2018 | 05:30 AM



MOSCOW: Piala Dunia Russia ini yang menyaksikan pasukan-pasukan kerdil mencatatkan pelbagai kejutan berterusan dengan Jepun dan Senegal - yang dianggap pasukan lemah dalam Kumpulan H - berdiri megah di akhir perjuangan masing-masing.



Pasukan bergelar 'Samurai Blue' itu memanfaatkan kelebihan seorang pemain bagi sebahagian besar pertarungan untuk mencatatkan kemenangan bersejarah ke atas Colombia, yang mara ke suku akhir Piala Dunia Brazil empat tahun lalu, 2-1.



Kemenangan itu juga adalah kali pertama sebuah pasukan dari Asia berjaya mencatatkan kemenangan ke atas pasukan dari Amerika Syarikat dalam sejarah pertandingan terbesar bola sepak dunia ini.



Jepun menyertai Iran yang memenangi pertarungan pembukaan selepas tiga wakil Asia lain - Arab Saudi, Korea Selatan dan Australia - tewas dalam perlawanan pembukaan mereka.



Colombia, yang memulakan perlawanan dengan bintang pasukan, James Rodriguez di bangku pemain simpanan, menyukarkan diri sendiri selepas Carlos Sanchez dibuang padang seawal minit ketiga wisel mula kerana menggunakan tangannya dengan sengaja untuk mengadang percubaan Shinji Kagawa.



Jurulatih Jepun, Akira Nishino, yang hanya dilantik pada April lalu - menggantikan Vahid Halilhodzic yang dipecat - menggesa pasukannya mengekalkan tumpuan bagi menyahut cabaran mendatang.



"Jika ia hanya satu perlawanan, kami akan mengadakan perayaan di sepanjang jalan di Saransk (kota Russia yang menjadi hos perlawanan itu) tetapi kami akan berhadapan lebih banyak perlawanan, jadi perlu simpan dahulu perayaan itu," ujar Nishino.



"Kami telah melakukan persiapan yang baik dan segalanya menjadi bagi kami. Semua pemain beraksi dengan baik terutama dalam babak kedua. Kami menguasai bola dengan lebih baik yang akhirnya menghasilkan gol kedua.



"Kemenangan ini memang manis sekali tetapi kami menghadapi akan berhadapan dua perlawanan lebih mencabar nanti dan kami perlu bersedia menghadapinya," tambah Nishino.



Senegal pimpinan Aliou Cisse mengembalikan era kehebatan pasukan yang beraksi di Piala Dunia 2002 dengan mengorak langkah kemenangan 2-1 ke atas Poland yang menampilkan antara penyerang paling berbisa Eropah, Robert Lewandowski.



Di Piala Dunia 2002 anjuran bersama Jepun dan Korea Selatan itu, Senegal mengejutkan juara bertahan Perancis 1-0 sebelum mara sehingga pusingan suku akhir kejohanan itu.



Selang 16 tahun selepas kehebatan itu, pasukan dari barat Afrika itu menebus maruah pasukan-pasukan lain dari benua itu yang memulakan Piala Dunia Russia ini dengan kekecewaan.



Dengan Mesir, Maghribi, Nigeria dan Tunisia semuanya menghadapi kemungkinan pulang awal daripada temasya kali ini, Senegal muncul sebagai pasukan pertama Afrika untuk memenangi perlawanan pembukaan mereka di Russia ini.



Membariskan penyerang Liverpool, Sadio Mane, serta barisan pemain yang beraksi dalam Serie A Italy seperti Kalidou Koulibaly (Napoli) dan Mbaye Niang (Torino), Senegal memiliki kualiti untuk mara jauh dan mengulangi kecemerlangan mereka di Piala Dunia 2002 selepas Cameroon, Tunisia, Nigeria dan Afrika Selatan semuanya tersingkir di peringkat kumpulan waktu itu. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >