Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023: LAWAN PEDANG

Pasukan lawan pedang wanita berjaya pertahan juara Foil berpasukan

May 16, 2023 | 05:30 AM



PASUKAN lawan pedang wanita berjaya mempertahankan penguasaan Singapura bagi acara Foil berpasukan dalam Sukan SEA setelah mereka meraih pingat emas pada Isnin.



Ini kali keempat berturut-turut skuad wanita menyumbang emas dalam temasya sukan itu bagi acara tersebut - selainnya adalah pada edisi 2015, 2019 dan 2021.



Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur tidak menampilkan acara berpasukan.



Pasukan yang dianggotai Maxine Wong, Cheung Kemei, Tay Yu Ling dan Tiffany Seet menewaskan Vietnam 45-23 dalam perlawanan peringkat akhir di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.



Wong berkata: "Saya amat bangga dengan pasukan Foil wanita kerana ini bukanlah pasukan sama (seperti edisi-edisi temasya sukan lalu) yang mempertahankan emas.



"Saya berharap kami dapat teruskan kemenangan ini untuk Sukan SEA pada masa hadapan."



Beliau merupakan anggota yang telah mewakili acara berpasukan tersebut dalam tiga edisi temasya sukan berturut-turut - beliau turut memenangi acara Foil individu wanita pada Jumaat.



Awal dari itu acara Sabre berpasukan lelaki yang dianggotai Dan Wei Zuo, Nicholas Loo, Lucius Loh dan Jorelle See hampir merangkul emas pertama Singapura tetapi mereka tewas 31-45 di peringkat akhir menentang juara bertahan dari Vietnam.



Sungguhpun demikian, ia julung-julung kalinya Singapura mara ke peringkat akhir bagi acara itu.



Dengan kemenangan acara Foil wanita berpasukan ini, pasukan lawan pedang telah menyamai rekod emas yang diraih pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, di mana mereka mengutip enam emas.



Mereka masih ada lagi baki dua acara - Epee berpasukan wanita dan Foil berpasukan lelaki - pada Selasa bagi peluang memecahkan rekod tersebut.



Epee wanita akan dianggotai pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja bagi acara Epee wanita perseorangan iaitu Elle Koh; veteran Kiria Tikanah Abdul Rahman; Filzah Hidayah Nor Anuar dan Rebecca Ong.



Foil berpasukan lelaki pula akan dianggotai pemenang Foil perseorangan Sukan SEA Kemboja Samuel Elijah Robson; Lionel Wee; Max Neo dan Zephaniah Ian Kiew.



Dalam pada itu, Singapura terus menambah jumlah pingat pada hari ke-10 Sukan SEA Kemboja.



Pasukan kriket lelaki acara 'Sixes' membuka tirai pada pagi dengan merangkul emas.



Mereka menewaskan tuan rumah Kemboja 97-71 di Padang Bundar Kriket AZ Group di ibu kota Phnom Penh.



Selain itu, acara catur Cina atau Xiangqi berpasukan turut menyumbang pingat emas melalui Alvin Woo dan Low Yi Hao.



Mereka menewaskan seteru dari Malaysia dalam perlawanan pusingan kelima.



Pasukan bola tampar pantai wanita pula gagal meneruskan kemaraan ke peringkat akhir setelah tewas 0-2 dengan Thailand dan akan menentang Vietnam pada Selasa bagi menentukan pingat gangsa.




"Saya amat bangga dengan pasukan Foil wanita kerana ini bukanlah pasukan sama (seperti edisi-edisi temasya sukan lalu) yang mempertahankan emas. Saya berharap kami dapat teruskan kemenangan ini untuk Sukan SEA pada masa hadapan."
- Maxine Wong, atlet lawan pedang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >