Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJUARAAN FLOORBALL DUNIA KE-13

Pasukan lelaki jejaki skuad wanita di Finland

Kapten R. Suria sifatkan matlamat dalam Kejuaraan Dunia tugas sukar tetapi boleh dicapai
Nov 20, 2021 | 05:30 AM



SEMINGGU selepas pasukan floorball wanita nasional berlepas ke Finland untuk membuat persiapan terakhir menghadapi Kejuaraan Floorball Dunia Ke-13, pasukan lelaki nasional pula menyusul dengan tugas lebih mencabar.



Seperti skuad wanita, pasukan seramai 26 pemain lelaki yang diiringi pengurus pasukan itu akan menyertai 15 lagi negara untuk bertarung dalam kejuaraan yang dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 11 Disember di Helsinki.



Mereka akan disertai negara-negara kebanyakannya dari Eropah, Amerika Syarikat dan dua dari Asia Tenggara - juara Sukan SEA 2019, Thailand (ranking dunia ke-14); dan Filipina (ranking ke-35) - dalam kejohanan tersebut.



Singapura, pemenang pingat perak Sukan SEA 2019, berada dalam Kumpulan D dan akan memulakan kejuaraan dengan bertemu Canada pada 3 Disember.



"Secara keseluruhan cabaran dan matlamat bagi pasukan lelaki nasional serupa dengan skuad wanita.



"Dari segi cabaran, ia pastinya hebat kerana kami tidak dapat bertanding di peringkat antarabangsa selepas hampir dua tahun akibat Covid-19 dan langkah-langkah pengurusan selamat bagi mengekang pandemik itu.



"Apatah lagi kami perlu berdepan dengan pasukan-pasukan dari Scandinavia - Finland, Sweden, Norway - sudah pun memulakan liga masing-masing lebih awal.



"Namun, matlamat yang ditetapkan tetap sama dengan pasukan wanita iaitu menjadi pasukan terbaik dari Asia.



"Motivasi utama kami adalah jika ini dapat dicapai, kami akan melayakkan diri ke Sukan Dunia 2022 di Birmingham, Amerika, temasya paling berprestij bagi acara yang tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik," jelas pengurus pasukan, Arif Azfar Azman.



Mengulas persiapan pemainnya, jurulatih nasional, Lim Jin Quan, yang membimbing kededua pasukan lelaki dan wanita nasional, berkata anak didiknya begitu ghairah dengan peluang beraksi dalam Sukan Dunia, yang diadakan empat tahun sekali.



"Pastinya mereka akan memberikan persembahan terbaik. Tidak ada pemain yang berlatih untuk kalah.



"Mereka telah berlatih dengan gigih bersama baik secara individu mahupun secara berpasukan dan membuat banyak pengorbanan untuk memastikan mereka sihat di tengah-tengah pandemik dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan mematuhi langkah jarak selamat. Disiplin yang mereka pamerkan amat memberangsangkan," kata Lim.



Namun, laluan untuk mencapai sasaran itu kelihatan mencabar memandangkan mereka tewas di tangan Thailand dalam pertemuan dalam sukan SEA 2019 dan berada di ranking ke-16 dalam kejuaraan dunia lalu di Prague, Republik Czech.



"Untuk mencapai matlamat kami ke Sukan Dunia, kami perlu terlebih dahulu menetapkan dua keutamaan," kata kapten R. Suria, pemain tengah yang turut bertindak sebagai penyerang.



"Yang pertama, kami perlu memenangi sekurang-kurangnya dua daripada tiga perlawanan di peringkat kumpulan dengan Singapura berada dalam Kumpulan D bersama Filipina, Canada dan Estonia.



"Kami pernah bertemu Canada (seri 4-4 dalam Kejuaraan Dunia 2018) dan mengalahkan Filipina (5-2 dalam Sukan SEA 2019) tetapi kami belum pernah berdepan Estonia (ranking ke-10).



"Untuk layak ke pusingan selanjutnya, kami perlu berada di dua tempat teratas kumpulan. Untuk berbuat demikian, kami perlu mengatasi Canada (ranking ke-11) dan Filipina."



Keutamaan kedua pasukan lelaki, tambah, Suria, adalah menjadi pasukan bukan Eropah terbaik kejuaraan, yang akan membolehkan pasukan negara melayakkan diri ke Sukan Dunia.



Bagi melengkapkan persiapan, mereka akan menyertai pasukan wanita bagi menjalani kem latihan terlebih dahulu di Eerikkila Sports & Outdoor Resort.



Di sana, mereka akan mendapat bimbingan tambahan konsultan jurulatih asal Finland, Timo Suonpaa, yang pernah membantu kededua pasukan dalam kejuaraan dunia sebelum ini.



Menyimpulkan peluang pasukan lelaki negara dalam Kejuaraan Dunia Ke-13 nanti, Suria, yang akan tampil bersama adiknya, R. Sathish, berkata:



"Ia satu tugas yang sukar tetapi ia boleh dicapai."




KEJUARAAN FLOORBALL LELAKI DUNIA KE-13



Tempat: Helsinki, Finland



Bila: 3 hingga 11 Disember 2021



Pasukan yang mengambil bahagian: Finland, Denmark, Sweden, Latvia, Jerman, Republik Czech, Norway, Switzerland, Poland, Amerika Syarikat, Slovakia, Thailand, Canada, Estonia, Filipina dan Singapura.



Juara bertahan: Finland




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >