Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERSIDANGAN EUROPA

Pasukan Mourinho Roma dibelasah 6-1

Oct 23, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Tottenham Hotspur mengalami kekalahan mengejut kepada Vitesse, tetapi bekas pengurusnya Jose Mourinho mengalami kekalahan lebih memeranjatkan.



Mourinho, yang pernah menggelar dirinya 'The Special One', atau pengurus istimewa, mengalami antara kekalahan paling teruk dalam kerjaya sebagai pengurus apabila pasukannya Roma dibelasah 6-1 oleh Bodo/Glimt dari Norway dalam perlawanan Liga Persidangan Europa.



Roma ketinggalan 1-2 pada waktu rehat, selepas juara Norway itu menjaringkan dua gol menerusi Erik Botheim dan Patrick Berg. Gol Roma dijaringkan Carles Perez.



Namun, malam yang bermula dengan mengecewakan bagi Roma itu menjadi lebih buruk selepas Bodo/Climt menjaringkan gol ketiga menerusi Botheim.



Gol itu memaksa Mourinho menggantikan dua lagi pemainnya hampir serta-merta, meskipun beliau telah membuat tiga pertukaran pemain pada waktu rehat.



Namun, pertukaran pemain itu mengundang lebih banyak musibah bagi Mourinho dan Roma kerana Ola Salbakken menjaringkan satu gol solo untuk menjadikan jaringan 4-1, sebelum Amahl Pellegrino menambah gol kelima dan Solbakken menjaringkan gol keenam pasukannya dan keduanya.



Ini kali pertama pasukan yang dipimpin Mourinho melepaskan sekurang-kurangnya enam gol dalam satu perlawanan. Ia perlawanan ke-1,008 Mourinho sebagai pengurus.



Kali terakhir Mourinho mengalami kekalahan teruk sedemikian ialah pada 2010, semasa beliau memimpin Real Madrid dan kelab itu tewas 0-5 kepada Barcelona.



"Saya bertanggungjawab bagi kekalahan ini kerana saya yang memilih pasukan ini," kata Mourinho.



"Hasrat saya baik, hendak memberi peluang kepada pemain lain yang kurang peluang menunjukkan bakat musim ini dan untuk merehatkan pemain lain.



"Namun, 13 pemain kami berada pada tahap permainan lebih rendah daripada pasukan lawan dan kami tewas kepada pasukan lebih baik. Itulah kesimpulannya yang mudah." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >