Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan Pilihan Singapura ditundukkan di Piala Sultan Selangor

Aug 26, 2018 | 7:03 PM
PIALA SULTAN SELANGOR 2018: Pasukan Pilihan Singapura bergambar selepas perlawanan Piala Sultan Selangor pada 25 Ogos 2018.
PIALA SULTAN SELANGOR 2018: Pasukan Pilihan Singapura bergambar selepas perlawanan Piala Sultan Selangor pada 25 Ogos 2018. - Foto PERSATUAN BOLA SEPAK SINGAPURA

PASUKAN Pilihan Singapura ditewaskan pasukan Pilihan Selangor dalam Piala Sultan Selangor yang berlangsung di Stadium Shah Alam semalam (25 Ogos).

Di akhir masa rasmi perlawanan, kedua-dua pasukan hanya mampu seri 1-1 dan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi tendangan penalti yang dimenangi 5-3 oleh pasukan Pilihan Selangor.

Penyokong Singapura turut bertandang ke stadium itu dengan menaiki 38 bas dari Singapura untuk menyaksikan perlawanan itu.

Sultan Selangor, Tengku Sharafuddin Idris Shah Alhaj, turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Pemain penyerang Albirex Niigata FC (S) Shuhei Hoshino menjaringkan gol pertama sekitar sembilan minit selepas perlawanan bermula tetapi tuan rumah membalas dengan satu jaringan gol oleh Rufino Segovia pada minit ke-16.

Ini merupakan kali kesembilan Selangor berjaya memenangi trofi Piala Sultan Selangor.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg