Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan silat S’pura rangkul juara keseluruhan dalam dua kejohanan

Nov 14, 2023 | 04:25 PM



Pasukan pencak silat Singapura muncul juara keseluruhan dalam dua kejohanan baru-baru ini yang dianjurkan oleh Persekutuan Pencak Silat Amiriah Arab Bersatu.

Singapura memenangi 11 emas, lima perak dan lima gangsa dalam edisi ketujuh Kejohanan Pencak Silat Asia.

Bagi Pencak Silat Terbuka Timur Tengah yang diadakan buat kali pertama, Singapura meraih 31 emas, tujuh perak dan tiga gangsa.

Ini dinyatakan Persekutuan Silat Singapura menerusi satu kenyataannya pada Selasa.

Kedua-dua kejohanan itu diadakan serentak dari 9 hingga 12 November di Dewan Rashid Bin Hamdan, Kelab Al-Nasr, Oud Metha Dubai.

Singapura memenangi sejumlah 21 pingat dalam edisi ketujuh Kejohanan Pencak Silat Asia itu.

Sebanyak 11 negara bertanding dalam Kejohanan Pencak Silat Asia tahun ini.

Dua pesilat Singapura ditabal selaku atlet terbaik untuk kedua-dua pertandingan itu.

Sheik Ferdous Sheik Alau’ddin memenangi kategori Lelaki Kelas I (lebih 85 kilogram hingga 90 kilogram) dan dinobatkan sebagai Atlet Terbaik dalam Kejohanan Pencak Silat Asia.

Aura Aydria Putri Soffian pula dinamakan selaku Atlet Terbaik Kejohanan Pencak Silat Terbuka Timur Tengah Pertama apabila memenangi kategori Remaja Wanita bawah 39 kilogram.

Dalam Kejohanan Pencak Silat Asia, Vietnam menduduki tempat kedua, selepas memenangi lapan emas, tiga perak dan 10 gangsa.

Sementara itu Malaysia mendapat tempat ketiga dengan tujuh emas, lima perak dan tiga gangsa.

Jumlah pungutan pingat emas Singapura dalam Kejohanan Pencak Silat Asia, meningkat pada setiap edisi – sembilan pingat emas pada edisi keenam manakala 11 pingat emas bagi edisi ketujuh.

Kejohanan Pencak Silat Asia, yang pertama kali diadakan di Singapura pada 2011, merupakan salah satu pertandingan terbesar sukan itu.

Dalam Kejohanan Pencak Silat Terbuka Timur Tengah yang diadakan buat kali pertama pula, Singapura memenangi sejumlah 41 pingat.

Kazakhstan menduduki tempat kedua dengan 28 pingat keseluruhan - tujuh emas, 12 perak dan sembilan gangsa.

Uzbekistan merangkul tempat ketiga dengan dua emas, satu perak dan satu gangsa.

Bagi kedua-dua kejohanan itu, Singapura telah menghantar kontinjen tersebarnya seramai 94 orang – merangkumi jurulatih, pegawai dan atlet.

Antara jumlah tersebut, 28 atlet bertanding dalam Kejohanan Pencak Silat Asia manakala terdapat 34 pesilat bagi Kejohanan Pencak Silat Terbuka Timur Tengah.

Para pesilat Singapura ini dibarisi nama-nama yang tidak asing lagi seperti Sheik Farhan, Iqbal Abdul Rahman dan Nurul Suhaila.

Pasukan silat Singapura dijadual kembali ke Singapura pada Rabu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >