Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK TEMPATAN

Pasukan Singa bakal nikmati pusat latihan serba baru

May 24, 2019 | 05:30 AM



PASUKAN bola sepak negara berpeluang menikmati pusat latihan baru dalam tempoh lima bulan lagi.



Ketua Eksekutif Sport Singapore Lim Teck Yin memberitahu akhbar The New Paper bahawa Hab Bola Sepak Kallang akan mula beroperasi Oktober ini.



Terletak berdekatan Stadium Negara, pusat tersebut memaparkan padang rumput semula jadi bersaiz penuh, dua padang dengan permukaan buatan (artificial) bersaiz penuh, empat padang futsal tertutup, trek larian sepanjang 400 meter, bilik pertukaran, ruang penonton dan juga pejabat.



Lim memberitahu TNP bahawa beliau juga sedang meneliti ciri-ciri yang boleh ditambah berdasarkan apa yang dapat dilihat di akademi latihan Bayern Munich.



Katanya: "Saya sangat teruja melihat padang tertutup yang bersaiz penuh ini. Ini merupakan tambahan yang baik untuk pemain kami, walaupun ia padang buatan kerana terlindung (dari matahari).



"Semasa kami sediakan Padang Geylang, jurulatih nasional dan Kesatuan Bola Sepak Singapura (FAS) gembira dengan padang tersebut, ia dilihat sebagai salah satu padang terbaik di Singapura...selepas padang perlawanan Stadium Negara.



"Saya dengar di Geylang mereka tetap gembira dengan padang itu. Dari segi tempat dan kemudahan, sudah tentu yang ada di Geylang tidak sebaik seperti di Kallang," katanya.



Beliau menambah tindakan untuk menempatkan latihan skuad negara di Kallang juga ada kaitan dengan "kisah Kallang"



"(Kallang memberikan) suasana yang kami ingin wujudkan untuk pemain. Peluang bermain dekat dengan Stadium Nasional, dan melihat Stadium Negara sementara mereka berlatih, ini yang kami inginkan," ujar Encik Lim.



Sebelum perlawanan pembukaan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki tahun lalu menentang Indonesia, kapten pasukan negara Hariss Harun berkata pasukannya hanya berpeluang menjalani satu sesi latihan di padang Stadium Negara.



Menyentuh tentang Hab Bola Sepak Kallang itu, beliau berkata: "Ini merupakan langkah yang penting bagi bola sepak Singpaura. Ia memberikan pemain ruang mereka sendiri.



"Jika kami menjalani latihan di sana, begitu hampir dengan stadium, memang rasanya begitu menyenangkan. Ini langkah yang penting dan saya gembira pihak berkuasa mengambil langkah tersebut."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >