Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA

Pasukan Singa teruk dikritik dek gagal untuk terus mara

Jun 17, 2021 | 05:30 AM



IA merupakan kempen kelayakan Piala Dunia yang bermula baik dengan tujuh mata daripada lima perlawanan menentang lawan yang menduduki ranking lebih tinggi.



Namun, akhirnya, pasukan nasional Singapura tersungkur menamatkan kempen dengan tiga kekalahan berturut-turut berserta persembahan yang kurang berinspirasi.



Kini, pasukan Singa menjadi bahan kecaman, dengan pasukan dikritik hebat bagi persembahan mereka sementara jurulatih pasukan Singa Tatsuma Yoshida telah memikul kesalahan.



Namun, pemain dan pundit yang dihubungi The Straits Times (ST) menegaskan bahawa warga Jepun itu adalah orang yang tepat untuk menggalas tugas tersebut dan menekankan kepada beberapa isu lain yang mengganggu keberkesanannya, seperti kekurangan waktu permainan di peringkat kelab untuk pemain, rehat yang panjang akibat Covid-19 dan ketiadaan pemain utama.



Singapura mengakhiri kempen kelayakan kali ini di tempat keempat dalam Kumpulan D seramai lima pasukan, mengutip tujuh mata daripada lapan perlawanan.



Dalam tiga perlawanan terakhir di Arab Saudi sepanjang dua minggu lalu, mereka masing-masing mengalami kekalahan 3-0, 4-0 dan 5-0 kepada Arab Saudi, Palestin dan Uzbekistan.



Mereka hanya mampu mencatat satu percubaan pada sasaran. Sepanjang kempen itu, mereka juga membolos gol terbanyak - 22 gol.



Yoshida, 47 tahun, memberitahu ST Sabtu lalu bahawa pasukannya "menerima pengajaran teruk" dalam kempen itu.



Warga Jepun itu, yang kontraknya dilanjutkan hingga Disember 2022 pada Februari lalu, berkata:



"Pasukan mengambil masa untuk sesuaikan diri bermain perlawanan antarabangsa semula selepas rehat yang panjang. Kami tidak biasa pada intensiti dan ia hanya menentang Arab Saudi yang kami akhirnya sesuaikan diri."



Beliau juga jujur terhadap penilaiannya mengenai perkara yang perlu diperbaiki, menyasar mempertingkatkan kecergasan pemain.



"Dalam bola sepak, ada aspek fizikal, teknikal dan mental dalam permainan. Semua ini sama penting. Kami tidak cukup cergas untuk bermain dengan intensiti. Kami lebih cergas dalam beberapa perlawanan pertama kelayakan.



"Kami harus ubah segalanya - daripada intensiti semasa sesi latihan harian dan gaya hidup pemain. Ia bukan hanya di padang latihan yang kita harus perbaiki malah di kelab mereka atau bahkan pemain harus perbaiki kecergasan mereka. Saya sudah beritahu mereka tapi ia terpulang kepada pemain untuk dengar."



Kapten Pasukan Singa Hariss Harun, yang terlepas beraksi dalam tiga perlawanan atas sebab peribadi, menyokong Yoshida, dan berkata:



"Kritikan terhadap jurulatih tidak adil. Dia jurulatih yang baik dan sejak dia tiba, kami menjadi pasukan yang lebih berani menentang lawan yang lebih baik.



"Tanggungjawab terletak pada kami pemain untuk miliki tahap kecergasan setinggi yang boleh."



Pengulas Rhysh Roshan Rai, yang menganalisis permainan Asia, berpendapat bahawa pasukan Singa telah memenuhi jangkaan semasa kempen dan menekankan bahawa mereka adalah pasukan dengan kedudukan terendah dalam kumpulan.



Beliau menambah bahawa ketiadaan pemain dan kekurangan waktu latihan bersama sebagai sepasukan dek pandemik Covid-19 juga merupakan faktor mitigasi.



Hariss, penyerang Ikhsan Fandi dan pemain pertahanan utama Safuwan Baharudin (cedera) semuanya tidak beraksi dalam tiga perlawanan terakhir.



Rai berkata: "Saya tidak melihat kami mengalahkan atau mengambil apa-apa dalam perlawanan menentang Uzbekistan atau Arab Saudi.



"Perlawanan itu adalah pengalaman belajar yang baik bagi kami. Jarang kita dapat peluang untuk bermain menentang pasukan besar ini. Tempat keempat adalah tempat saya jangka kami berada."




"Dalam bola sepak, ada aspek fizikal, teknikal dan mental dalam permainan. Semua ini sama penting. Kami tidak cukup cergas untuk bermain dengan intensiti. Kami lebih cergas dalam beberapa perlawanan pertama kelayakan.



Kami harus ubah segalanya - daripada intensiti semasa sesi latihan harian dan gaya hidup pemain. Ia bukan hanya di padang latihan yang kita harus perbaiki malah di kelab mereka atau bahkan pemain harus perbaiki kecergasan mereka. Saya sudah beritahu mereka tapi ia terpulang kepada pemain untuk dengar."
- Jurulatih pasukan Singa Tatsuma Yoshida.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >