Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Pasukan Singapura yakin, bersemangat menjelang Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2019

Sep 14, 2019 | 03:32 PM

SERAMAI 25 pemain berbilang bangsa bakal mewakili Singapura dalam Kejohanan Piala Emas Raja-Raja yang diadakan di Kedah tahun ini.

Kejohanan tersebut dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 19 September bagi peringkat kumpulan, 27 September bagi peringkat suku akhir, 29 September bagi peringkat separuh akhir, sementara perlawanan peringkat akhir dijadualkan berlangsung samaada pada 12 atau 13 Oktober. 

Tahun ini, Kejohanan Piala Emas Raja-Raja telah menetapkan had umur di bawah 30 tahun untuk pemain.

Selain itu, menurut pengerusi Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2019, Datuk Kamarulnizam Datuk Mohd Sharip, dalam satu sidang akhbar pada 15 Julai, setiap pasukan perlu ada pemain berusia bawah 21 tahun, dan paling kurang dua pemain dalam lingkungan usia itu perlu bermain.  

Pemain yang bakal mewakili Singapura dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), daripada pemain pasukan Liga Bola Sepak Nasional (NFL) Divisyen 1 dan 2.

Dengan kerjasama Presiden, Naib Presiden serta Ahli Dewan FAS, pasukan tersebut dipilih melalui siaran terbuka kepada NFL. 

NFL telah menerima ramai pemain yang dinobatkan untuk mewakili negara dari 18 pasukan, dan kemudian memilih pemain terbaik dari senarai mereka yang disarankan.

“Pemain (yang mendirikan pasukan) inilah yang boleh memberi komitmen mereka (kepada kejohanan ini), dan yang paling bersemangat,” kata Encik Harman Ali, selaku pengurus pasukan Singapura.

Mengulas tentang peraturan baru yang ditetapkan, jurulatih pasukan, Encik Hairi Su’ap, berkata: “Pada awalnya kami mempunyai empat pemain mapan, namun mereka terpaksa dikeluarkan akibat peraturan (had umur) ini.

“Justeru itu, fasa pemilihan agak sukar kerana ramai di kalangan mereka (pemain bola di Singapura) adalah pemain mapan, bukan pemain muda.

“Pemain muda lebih mudah gentar apabila melihat pemain lebih mapan, justeru kami perlu memberi kata-kata perangsang kepada mereka, dan menaikkan semangat mereka.

“Namun, secara keseluruhan, saya rasa sokongan yang kami terima daripada FAS sepanjang sesi latihan amat baik, misalnya padang yang diberikan amat baik.” 

Walaupun pasukan tersebut, yang terdiri daripada pemain berusia antara 18 hingga 30 tahun, hanya sempat mengadakan latihan dua kali seminggu, sebanyak 10 latihan dalam tempoh dua bulan, Encik Harman berkata: “Peluang kami dalam kejohanan ini adalah lebih baik kerana kami mempunyai lebih ramai pemain muda, yang masih membangun, justeru generasi muda ini boleh mengambil peluang ini untuk mempamerkan bakat mereka masing-masing.

“Pemain-pemain kami bersemangat jitu, dan mereka menanti-nantikan peluang memberikan prestasi yang terbaik dalam kejohanan ini.” 

Ketika ditemui di Lapangan Terbang Changi sebelum penerbangan mereka ke Penang pada pagi Sabtu (14 September), kapten pasukan, Muhammad Nur Na’iim Mohamed Ishak, 26 tahun, berkata: “ Pasukan kami dapat bermain dengan baik bersama. Saya yakin dengan kebolehan pasukan kami.” 

Na’iim merupakan antara pemain harapan pasukan Singapura, dan mempunyai pengalaman bermain dalam Liga S dan Liga Perdana Singapura (SPL), menurut Encik Harman.

“Dengan pengalamannya, kami berharap beliau akan menjadi kapten pasukan yang boleh membimbing pasukannya dengan baik,” tambah Encik Harman. 

Dalam kejohanan ini, Singapura berada dalam Kumpulan B, bersama Terengganu dan Pulau Pinang. 

Mengulas tentang pasukan negeri-negeri tersebut, Encik Hairi berkata: “Terengganu memang pasukan yang kuat, pasukan Pulau Pinang pula masih belum diketahui (kekuatan mereka).

"Sekarang kami lebih tertumpu kepada melakukan yang terbaik, berdasarkan kekuatan pasukan kami.”

Sebelum ini, Singapura pernah memenangi Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 12 kali.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3