Pasukan Switzerland Lugano bangkit dari kesedihan untuk jadi juara 3x3
Pasukan Switzerland Lugano bangkit dari kesedihan untuk jadi juara 3x3
Tewas mengejut 18-17 kepada pasukan S’pura sehari sebelum itu
Mar 30, 2026 | 1:50 PM
Pasukan Switzerland Lugano bangkit dari kesedihan untuk jadi juara 3x3
Sejurus selepas Bikramjit Gill menjaringkan bola penentu untuk merangkul kemenangan 21-15 ke atas Utsunomiya Brex dari Jepun dalam final 3x3.EXE Super Premier pada 29 Mac, pasukan Lugano saling berpelukan.
Laungan Gill kemudian bergema di seluruh pusat beli-belah tiga tingkat Sengkang Grand Mall, apabila lebih 150 penonton dan orang yang lalu-lalang di situ memberi tepukan dan sorakan.
Laporan berkaitan
Skuad bola keranjang 3x3 S’pura sasar pingat Piala AsiaMar 24, 2026 | 9:19 PM
Program pembangunan bola keranjang kebangsaan bagi belia dilancarMar 23, 2026 | 3:09 PM

