Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan tenis meja SG mara ke suku akhir

Aug 3, 2021 | 5:30 AM
MARA KE SUKU AKHIR: Pasangan beregu tenis meja Singapura Yu Mengyu (kiri) dan Lin Ye (kanan) ketika beraksi menentang Perancis dalam acara pasukan wanita di Gimnasium Metropolitan Tokyo semalam. - Foto REUTERS
MARA KE SUKU AKHIR: Pasangan beregu tenis meja Singapura Yu Mengyu (kiri) dan Lin Ye (kanan) ketika beraksi menentang Perancis dalam acara pasukan wanita di Gimnasium Metropolitan Tokyo semalam. - Foto REUTERS -

TOKYO: Pasukan tenis meja Singapura mara ke suku akhir selepas menewaskan Perancis 3-0 dalam pusingan kelompok 16 pasukan di Gimnasium Metropolitan Tokyo pada pagi semalam.

Singapura akan bertemu juara bertahan dan pasukan ranking nombor satu China di suku akhir hari ini.

Pasangan Singapura Yu Mengyu dan Lin Ye mengatasi lawan, Stephanie Loeuillette dan Yuan Jia Nan, 3-0 (11-6, 11-5, 13-11) dalam 24 minit untuk menang perlawanan beregu.

Dalam perlawanan perseorangan pertama, Feng Tianwei, pemain nombor 9 dunia bangkit dari belakang untuk melakar kemenangan 3-2 ke atas pemain ranking ke-390 Parthika Pavade (8-11, 6-11. 11-3, 11-8, 11-3) dalam 36 minit.

Pemain nombor 47 dunia, Yu Mengyu, yang sudah meraih tempat keempat dalam perseorangan wanita di Tokyo 2020, menjamin kemenangan pasukan Singapura apabila mengalahkan Yuan Jia Nan 4-1 (11-8, 7-11, 11-5, 11-8) dalam perlawanan perseorangan kedua.

Keputusan terbaik pasukan tenis meja Singapura adalah di London 2012 ketika negara berjaya memungut pingat gangsa.

Namun, mereka gagal mengulangi persembahan di Rio 2016 selepas kalah kepada Jepun dalam perlawanan main habis atau 'playoff' pingat gangsa.

Dalam perlawanan pusingan kelompok 16 pasukan lain semalam, Korea Selatan melakar kemenangan 3-0 ke atas Poland, untuk berdepan Jerman di suku akhir hari ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg