Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT: Puasa tetap puasa, latihan jalan terus

Pasukan U-17 Perses teruskan latihan bentuk semangat pasukan dalam suasana kekeluargaan dengan jurulatih

May 03, 2021 | 05:30 AM



Puasa bukan bermakna seseorang atlet boleh bermalas-malas, berlemah-lemah dan bersikap sambil lewa. Sebaliknya, bagi Persekutuan Silat Singapura (Persisi) dan Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses), inilah masa mereka mengekalkan kecergasan dan mengukur kemampuan atlet sambil mempererat hubungan dan persaudaraan antara atlet dengan jurulatih, kakitangan dan perguruan dalam memajukan dua sukan tradisi setempat itu. BERITA HARIAN menjengok persiapan mereka.




BAK melentur buluh dari rebungnya, bakat dan sikap atlet perlu digilap dari muda agar segala tunjuk ajar dan bimbingan mudah diserap.



Demikian pandangan kakitangan kejurulatihan Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) apabila ia membuat keputusan meneruskan latihan pusat bagi skuad Bawah 17 Tahun (U-17) nasional setiap Jumaat dalam Ramadan tahun ini.



Latihan tersebut bertujuan mempersiap skuad muda yang baru dibentuk itu untuk menghadapi Liga Perses 2021 yang dijadual diadakan Jun ini.



Perses membentuk dua pasukan pelapis terdiri daripada skuad intermediate dan skuad U-17 pada November lalu untuk memperkukuh pasukan nasional dan memastikan Singapura menghantar pasukan terbaik dalam pertandingan serantau dan antarabangsa yang bakal disertainya, terutama dalam Sukan SEA dan Sukan Asia.



Menjelaskan objektif latihan dalam Ramadan itu, pengurus pasukan nasional Raimon Budin memberitahu Berita Harian bahawa aspek mengasah kemahiran teknikal dan menjalin persefahaman sangat penting bagi skuad U-17.



"Ini kali pertama, selepas hampir lebih 15 tahun, Perses mempunyai skuad muda yang pemainnya rata-rata berusia antara 15 dengan 17 tahun.



"Latihan dalam Ramadan ini bertujuan memupuk persefahaman dan kerjasama antara pemain yang datang dari kelab yang berlainan.



"Memandangkan pemain ini masih muda, kami juga mahu mempererat hubungan dan persefahaman antara mereka dengan kakitangan kejurulatihan Perses agar mudah bagi kami membimbing dan menjelaskan hala tuju pasukan," kata Raimon.



Perses menyediakan juadah berbuka bagi pemain tersebut.



"Isteri jurulatih nasional Padzli Othman, Cik Halizah Minsawi, bermurah hati menyediakan juadah berbuka dan turut hadir semasa iftar untuk sama-sama mewujudkan suasana kekeluargaan dalam latihan," tambah Raimon.



Menurut beliau, latihan dalam Ramadan itu itu juga bertujuan mempersiap pasukan U-17 dalam Liga Perses 2021 yang bakal bermula Jun ini.



"Skuad U-17 nasional akan disertakan dalam Liga Perses untuk memberikan pemain muda ini pengalaman dan pendedahan dalam pertandingan.



"Meskipun mereka masih muda, kami menetapkan sasaran mereka dapat mencapai empat kedudukan teratas untuk layak ke pusingan kalah mati Piala Perses.



'Kami akan memantau prestasi mereka sebagai skuad pelapis pasukan nasional. Aspek yang kami akan perhatikan adalah kombinasi regu yang mantap dan persembahan terbaik dalam pertandingan.



"Kami berharap daripada pertandingan ini nanti, akan muncul pemain yang dapat menembusi skuad nasional untuk mewakili Singapura dalam kejohanan utama dalam tempoh 2 atau 3 tahun mendatang," kata Raimon lagi.



Mengulas objektif latihan dalam Ramadan itu, Muhammad Nurul Hidayat Raimi, 17 tahun, dari Kaki Bukit CSC, berkata:



"Secara peribadi, latihan ini mengeratkan lagi ikatan kami satu pasukan dan ia mengukuhkan hubungan kami dan kami boleh berusaha dan berlatih dengan lebih baik dalam sesi latihan.



Rakannya, Tan Kee Ler, 17 tahun, dari Mei Ling ST, walaupun bukan seagama, tidak kekok berlatih bersama rakan-rakan Muslimnya.



"Kami rakan-rakan sepasukan bersetuju bahawa selagi kami dapat mengekalkan kecergasan dan sihat serta menjalankan latihan mengikut arahan jurulatih, terutama semasa berpuasa, semuanya akan berjalan lancar.



"Sebenarnya, jika anda berminat dan menaruh kesungguhan dalam sukan ini, anda boleh melakukan apa sahaja," kata tekong yang mula bermain takraw sejak berusia 13 tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >