Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Pindah kelab ‘Balik Modal’

LONDON: Tempoh pemindahan pemain sudah menjadi sebahagian daripada kalendar utama bola sepak sejak dua dekad lalu. Diperkenalkan oleh bola sepak England bagi kempen 2002 - 2003, selepas Fifa membuat keputusan menghadkan pemindahan semasa musim berlangsung kepada sebulan sahaja, tempoh tersebut sering diwarnai drama. Secara keseluruhan hampir £3 bilion ($4.86 bilion) telah dibelanjakan oleh kelab-kelab EPL dalam musim pemindahan. Berikut antara pemindahan yang dianggap berbaloi:
Feb 06, 2023 | 05:30 AM



Virgil van Dijk (dari Southampton ke Liverpool)



Tahun sertai Liverpool: 2018

Bayaran: £75 juta

Masih bersama Liverpool



● Sejak sertai Liverpool, beliau menang Liga Juara-Juara, EPL, Piala FA, Piala Liga dan Piala Super Uefa serta Kelab Piala Dunia.




Seamus Coleman (dari Sligo Rovers ke Everton)



Tahun sertai Everton: 2009

Bayaran: Dilaporkan £60,000

Masih bersama Everton



● Pada usia 34 tahun, pemain asal Ireland ini telah menandatangani kontrak lanjutan selama setahun kekal di Everton sehingga tahun ini.




Riyad Mahrez (dari Le Havre ke Leicester City)



Tahun sertai Leicester: 2014

Bayaran: Tidak didedahkan tapi dianggar sekitar £450,000.

Tahun tinggalkan Leicester: 2018 (ke Manchester City)



● Pada musim panas 2018, Manchester City memecahkan rekod masa itu untuk mendapatkan khidmat pemain sayap ini dari Leicester dengan harga £60 juta.




Bruno Fernandes (dari Sporting Lisbon ke Manchester United)



Tahun sertai Man U: 2020

Bayaran: £47 juta dengan tambahan nilai lain

Masih bersama Manchester United



● Dalam tahun pertama bersama United, Fernandes telah jaringkan gol 28 kali dalam semua pertandingan dan menawarkan bantuan sebanyak 17 kali, bermakna beliau telah terlibat dalam 45 gol.




Patrice Evra (dari Monaco ke Manchester United)



Tahun sertai Man U: 2006

Bayaran: £5.5 juta

Tahun tinggalkan Man U: 2014 (ke Juventus)



● Patrice Evra membuat 379 penampilan dan meraih kejayaan di peringkat EPL, selain membantu kelab itu menjuarai Liga Juara-Juara pada 2008, tiga Piala Liga dan satu Kelab Piala Dunia.




Luis Suarez (dari Ajax ke Liverpool)



Tahun sertai Liverpool: 2011

Bayaran: £22.7 juta

Tahun tinggalkan Liverpool: 2014 (ke Barcelona)



● Semasa musim 2013-2014, Luis Suarez terlibat dalam 43 gol pasukan itu – dengan jaringan 31 gol dan ‘assist’ 12 kali.




Branislav Ivanovic (dari Lokomotiv Moscow ke Chelsea)



Tahun sertai Chelsea: 2008

Bayaran: Tidak didedahkan

Tahun tinggalkan Chelsea: 2017 (ke Zenit Saint Petersburg)



● Branislav Ivanovic bermain 377 kali untuk Chelsea sepanjang sembilan tahun. Beliau memenangi Liga Juara-Juara, EPL dua kali, Piala FA tiga kali dan Piala Liga.




Nemanja Matic (dari Benfica ke Chelsea)



Tahun sertai Chelsea: 2014

Bayaran: Dilaporkan £21 juta

Tahun tinggalkan Chelsea: 2017 (ke Manchester United)



● Pada 2015, pemain ‘midfield’ ini dipilih sebagai antara 11 pemain terbaik oleh Persatuan Bola Sepak Profesional Liga Perdana untuk tahun tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >