Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

2 Belia cemerlang dalam sukan silat dan pelajaran

Pegang pesan kakak, Aniq tetap rendah hati walau capai matlamat tinggi

Mar 14, 2023 | 05:30 AM



SASARKAN matlamat tinggi, tetapi jangan menyombong diri.



Demikian prinsip kehidupan pendekar silat negara dan juara dunia, Encik Aniq Asri Mohammad Yazid, dalam apa jua yang dilakukannya.



Jejaka berusia 18 tahun itu berkata:



"Saya sandarkan pegangan hidup saya di sebalik cogan kata itu kerana ia merupakan pesanan yang diberikan oleh kakak-kakak saya setelah mereka menjadi juara (silat).



"Mereka berpesan kepada saya bahawa sasarkan dan capai matlamat setinggi gunung, tetapi jangan pernah sesekali lupa asal usul."



Kakak sulungnya, Nurzuhairah, merupakan juara dunia 2018, dan pernah memenangi pingat emas di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dan pingat perak di Sukan Asia 2018 di Jakarta.



Seorang lagi kakaknya, Nurzianah, adalah pemenang pingat emas dalam acara seni tunggal di Kejohanan Pencak Silat Remaja Sedunia 2018 dan setahun kemudian, menang pingat gangsa dalam acara tanding kelas C (55-60 kilogram) di Kejohanan Pencak Silat Pantai Sedunia.



Berkat sifat rendah diri dan pencapaian luar biasa dalam silat - beliau dinobat juara dalam acara tanding kelas 'B' putera pada percubaan pertamanya dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-19 pada 2022 di Melaka - beliau menerima anugerah Atlet Pelajar Cemerlang Moo Soon Chong peringkat menengah baru-baru ini.



Ini di samping keputusan baik yang diraihnya dalam bidang pelajaran.



Penerimaan anugerah tersebut menurut beliau penuh bermakna kerana ia mendorong beliau untuk berusaha lebih gigih.



Pelajar kursus Diploma Perniagaan yang ditawarkan bersama Sekolah Sukan Singapura dan Politeknik Republic itu menjelaskan:



"Pencapaian anugerah ini adalah peringatan kepada saya untuk berhadapan dengan cabaran kerana akhirnya, ia akan dapat diatasi (dengan usaha)."



Beliau menambah ia merupakan cabaran untuk membahagikan waktu antara sekolah dan latihan.



Ini lebih-lebih lagi apabila sesebuah kejohanan bakal menjelang kerana kekerapan latihan akan ditingkatkan.



"Biasanya, saya berlatih dua jam sehari untuk lima kali seminggu. Saya kini sedang membuat persediaan untuk kejohanan terbuka di Sarawak sebagai persiapan bagi Sukan SEA kelak," ujanya.



Dalam pada itu, beliau berkongsi ia bak sebuah mimpi apabila ditabalkan sebagai juara dunia pada 2022 kerana ia merupakan impiannya sejak kecil.



Berkongsi pengalaman semasa menjejak kaki dalam gelanggang bagi kejohanan pencak silat dunia dalam percubaan pertamanya, beliau berkata:



"Saya masih ingat lagi ejekan penyokong dan komen yang tidak begitu selesa yang dilontarkan kepada saya semasa melangkah ke dalam gelanggang.



"Saya hilang tumpuan buat seketika tetapi jurulatih saya memberi kata-kata perangsang dan pesan untuk kekal tenang."



Sungguhpun kini Encik Aniq sudah mengecapi impiannya, beliau tekankan betapa penting untuk tidak leka dengan takhta yang disandang.



"Sebaik saja anda turun dari podium, anda merupakan individu yang sama kedudukan dengan orang lain.



"Apa yang penting adalah anda kekal konsisten dan merendah diri," ujarnya.




Saya sandarkan pegangan hidup saya di sebalik cogan kata itu kerana ia merupakan pesanan yang diberikan oleh kakak-kakak saya setelah mereka menjadi juara (silat).



Mereka berpesan kepada saya bahawa sasarkan dan capai matlamat setinggi gunung, tetapi jangan pernah sesekali lupa asal usul...



Apa yang penting adalah anda kekal konsisten dan merendah diri.



- Encik Aniq Asri Mohammad Yazid. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >