Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Pelan induk bagi layakkan diri ke Piala Dunia 2034

Mar 10, 2021 | 05:30 AM



MEMBANGUNKAN minat yang lebih mendalam bagi sukan bola sepak di kalangan para pelajar sekolah rendah selain, membaiki struktur latihan elit, serta penerapan teknologi dalam metodologi latihan melintasi seluruh ekosistem bola sepak setempat.



Itulah antara pendekatan yang akan diambil Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam mempertingkatkan sukan itu, sebagai sebahagian daripada projek nasional 'Unleash the Roar!' yang diumumkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, di Parlimen kelmarin.



Antara lain, projek yang menjadi rangka tindakan untuk memperkukuhkan ekosistem bola sepak tempatan, juga akan melihat bagaimana pemain yang berbakat dapat terus menceburi dan melakar peluang kerjaya dalam sukan itu, menerusi biasiswa dari dalam dan luar negara, yang akan ditawarkan.



Pelaksanaan projek baru ini akan memberi fokus terhadap lapan tunggak dan diharapkan dapat mewujudkan jumlah bakat yang kukuh bagi impian melayakkan diri ke Piala Dunia Fifa 2034.



Perincian tersebut dikongsi FAS dan Sport Singapore (SportSG) dalam satu sidang media semalam.



Presiden FAS, Lim Kia Tong berkata, projek tersebut merupakan langkah seterusnya untuk memajukan bola sepak Singapura.



"Inisiatif 'Unleashed the Roar!' ini telah menerapkan pengajaran yang diperolehi dari projek masa lalu seperti Goal 2010.



"Ia akan diusahakan dari bawah dan merupakan rancangan jangka panjang bagi melanjutkan ekosistem bola sepak tempatan. Tumpuan akan diberikan pada peningkatan standard keseluruhan dalam aspek utama ekosistem," kata Lim.



Diketuai oleh Ketua pegawai eksekutif SportSG, Lim Teck Yin dan Timbalan Presiden FAS, Bernard Tan, projek nasional ini akan melibatkan pelbagai agensi dan pihak termasuk Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Kementerian Pendidikan (MOE), SportSG, FAS, fraterniti bola sepak, kumpulan korporat serta rakyat Singapura.



Ketika ucapannya di Parlimen, Encik Tong berkata beliau yakin kerjasama seisi masyarakat akan dapat mempertingkatkan sukan ini ke arah kecemerlangan.



"Sebuah pasukan nasional yang dapat menunjukkan keupayaan pada peringkat tertinggi memperkukuh berbilang laluan kejayaan buat Singapura dan merupakan sumber kebanggaan negara...Bola sepak di sini belum agak mencapai ke tahap yang kita inginkan.



"Kita boleh lakukan lebih banyak lagi, dan lakukannya dengan lebih baik untuk mengembalikan Sorakan Kallang dan memberi peluang kepada pasukan Singa Muda kita untuk mencapai impian mereka," kata Encik Tong.



Program bola sepak itu akan diperkenalkan secara berperingkat dengan fasa pertama projek ini akan dimulakan dalam tempoh dua tahun mendatang bagi menyediakan asas buat pasukan bola sepak merentasi peringkat usia agar lebih bersaing di padang serantau dan antarabangsa.



MCCY juga akan bekerja rapat dengan Kementerian Pertahanan (Mindef) bagi menimbangkan sokongan yang dapat diberikan kepada pemain bola sepak yang layak untuk berlatih dan bermain di tahap tinggi di samping memenuhi kewajipan NS mereka.



Impian melayakkan pasukan nasional bagi Piala Dunia Fifa 2034 telah diumumkan Encik Tong, pada Ogos 2019, ketika menggalas tanggungjawab sebagai naib presiden FAS.



Semasa sidang media semalam, Timbalan Presiden FAS, Bernard Tan berkata Piala Dunia 2034 menjadi "sasaran aspirasi".



Beliau berkata: "Sasaran aspirasi ini penting kerana jika kita ingin meminta anak muda Singapura kita untuk mencapai sasaran ini, mereka perlu menetapkan sasaran yang tinggi.



"Jelas kejayaan projek ini bukan hanya terletak pada kelayakan (untuk Piala Dunia 2034).



"Kita juga dapat mengembangkan lagi ekosistem bola sepak di sini jika kita mampu membuat peminat datang menonton perlawanan selain menarik minat ibu bapa pemain muda.



"Ini adalah petunjuk yang sangat baik yang menunjukkan bahawa kita benar-benar telah mencapai peningkatan yang besar sedang kita mengusahakan projek ini."




"Inisiatif 'Unleashed the Roar!' ini telah menerapkan pengajaran yang diperolehi dari projek masa lalu seperti Goal 2010. Ia akan diusahakan dari bawah dan merupakan rancangan jangka panjang bagi melanjutkan ekosistem bola sepak tempatan. Tumpuan akan diberikan pada peningkatan standard keseluruhan dalam aspek utama ekosistem."
​- Presiden FAS, Lim Kia Tong.



"Sasaran aspirasi ini (Piala Dunia 2034) penting kerana jika kita ingin meminta anak muda Singapura kita untuk mencapai sasaran ini, mereka perlu menetapkan sasaran yang tinggi. Jelas kejayaan projek ini bukan hanya terletak pada kelayakan (untuk Piala Dunia 2034). Kita juga dapat mengembangkan lagi ekosistem bola sepak di sini jika kita mampu membuat peminat datang menonton perlawanan selain menarik minat ibu bapa pemain muda. Ini adalah petunjuk yang sangat baik yang menunjukkan bahawa kita benar-benar telah mencapai peningkatan yang besar sedang kita mengusahakan projek ini."
- Timbalan Presiden FAS, Bernard Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >