Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Temuan bakal tampilkan pesaing baru

Pelantikan Ancelotti mula buahkan hasil

epl
Dec 28, 2020 | 05:30 AM



PREVIU EVERTON LWN MANCHESTER CITY



Dalam musim di mana hanya 10 mata atau sekitar tiga kemenangan memisahkan pasukan di tangga ke-10 dengan pasukan teratas dalam Liga Perdana England, setiap mata adalah genting dan setiap mata tidak mampu digugurkan bagi setiap pasukan yang ingin terus mendaki liga. Perkara ini lebih ketara bagi Manchester City, yang bergelut menjaringkan gol musim ini dan Everton, yang kini mendamba bukan sahaja tempat di Liga Juara-Juara Eropah musim depan, malah kejuaraan liga juga



LIVERPOOL: Pelantikan Carlo Ancelotti sebagai pengurus Everton sekitar setahun yang lalu bak satu pertaruhan yang kini mula menunjukkan manfaatnya.



Ancelotti, 61 tahun, pada ketika itu dianggap sebagai pengurus yang bukan sahaja berpengalaman dan berpengaruh, malah bertaraf 'Hollywood' yang berprofil tinggi dan mampu menarik pemain berkaliber tinggi ke Goodison Park.



Pada 21 Disember 2019, beliau telah terbang ke Merseyside dari Italy untuk menandatangani kontrak jangka panjang dengan Everton dan sempat melihat anak didiknya yang baru itu terkial-kial mengecapi keputusan seri dengan Arsenal, yang juga dipimpin pengurus baru dalam bentuk Mikel Arteta.



Keputusan itu meninggalkan Everton di tangga ke-15 liga musim lalu.



Namun selang setahun, segala-galanya telah berubah, dengan Ancelotti berjaya mengubah nasib pasukannya, sehingga ia menewaskan Arsenal 2-1 minggu lalu untuk mendaki ke tangga kedua liga, meskipun bagi tempoh yang singkat.



Kemenangan itu juga muncul selepas Everton menewaskan Chelsea dan Leicester - satu lagi pasukan yang dianggap pesaing utama musim ini.



Justeru perlawanan dengan City dinihari esok adalah satu lagi peluang bagi Ancelotti dan Everton menunjukkan pembangunan kelab megah itu, yang bersama Liverpool pernah menakluki bola sepak Inggeris pada tahun 70-an dan 80-an.



Dan Ancelotti kini mempunyai pasukan yang mampu memulakan semula era emas kelab itu.



Bersama penolong jurulatih Duncan Ferguson - beliau telah membina pasukan yang dianggotai kededua pemain setempat dan pemain antarabangsa yang berkaliber.



Ancelotti adalah pendorong utama dalam pembelian pemain seperti Allan Loureiro dari Napoli dan James Rodriguez yang menganggap Ancelotti sebagai mentor semasa kededuanya mewakili Real Madrid dan Bayern Munich.



Abdoulaye Doucoure cemerlang di tengah padang dan pemain pertahanan warga England Ben Godfrey yang tiba dari Norwich telah menunjukkan mengapa beliau antara pemain muda yang dianggap paling berpotensi pada masa ini.



Pengaruh Ferguson ke atas Dominic Calvert-Lewin pula ketara dengan pemain muda itu kini sering menjaringkan gol dan dianggap sebagai senjata utama, sementara Michael Keane, 27 tahun, kini dianggap 'orang lama' dalam pasukan dan amat dihormati.



Malah, Calvert-Lewin menjaringkan gol pertama dalam era Ancelotti semasa Everton menewaskan Burnley pada 26 Disember tahun lalu dan kini telah menjaringkan 19 gol dalam 34 perlawanan di bawah Ancelotti.



Desas-desus di pasaran pemindahan pemain berkata Ancelotti masih memburu beberapa pemain berkaliber ke Everton dan peluang Everton mendapatkan pemain sedemikian adalah lebih tinggi dengan kehadiran Ancelotti.



Dalam pada itu, namun aset paling berharga yang dimiliki Ancelotti bukanlah sejarah gemilang sebagai pengurus yang telah memimpin kelab-kelab gergasi di Eropah - AC Milan, Chelsea, Paris St-Germain, Real Madrid dan Bayern Munich - atau berbilang pingat kejuaraan yang berkalung di lehernya.



Sebaliknya, ia adalah sikap rendah hati yang ditunjukkan Ancelotti sejak tiba di Everton.



Beliau telah menambat hati penyokong setia Everton dengan berkata di pihak awam mengenai kegemarannya menetap di kawasan Crosby di Merseyside dan menunjukkan sikap kemanusiaan dengan menghubungi menerusi telefon sebahagian penyokong terpilih.



Dalam perlawanan dengan Arsenal, apabila Everton sedang tertekan, Ancelotti boleh dilihat mendengar dengan teliti hujah anaknya Davide yang dianggap sebagai jurulatih muda yang bijak dan kini berkhidmat dengan Everton.



Menjelang perlawanan dengan City ini, Ancelotti berkata beliau gembira dengan kedudukan Everton di bahagian atas liga tetapi enggan bersikap sambil lewa.



"Memang kami beraksi dengan begitu baik dalam beberapa perlawanan baru-baru ini dan menunjukkan tahap konsistensi yang lebih baik.



"Kami telah memulakan musim ini dengan amat baik, tetapi mengharungi tempoh yang buruk selepas itu," ujar Ancelotti.



"Tapi kini, kami telah bangkit dan saya senang hati."



Dipimpin pengurus yang bersikap positif, Everton, dengan pasukannya yang serba yakin, tidak sewajarnya kalah apabila bertemu City nanti.



Dan meskipun ini adalah berita baik bagi Everton, ia juga melambangkan amaran buruk bagi City. - Agensi berita.




"Memang kami beraksi dengan begitu baik dalam beberapa perlawanan baru-baru ini dan menunjukkan tahap konsistensi yang lebih baik.



Kami telah memulakan musim ini dengan amat baik, tetapi mengharungi tempoh yang buruk selepas itu.



Tapi kini, kami telah bangkit dan saya senang hati."
- Carlo Ancelotti, pengurus Everton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >