Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN PARA ASEAN (APG) SOLO

Pelari pecut SG Nurhayati bawa bekal 'pengalaman baik'

Jul 31, 2022 | 05:30 AM



PEMERGIAN bapanya tahun lalu meninggalkan kesan besar ke atas diri pelari pecut para Singapura, Siti Nurhayati Ali Aksar Khan.



Meskipun masih berasa kehilangan, remaja ini tekad terus mencapai kecemerlangan di trek.



Peluang pingat seterusnya Nurhayati ialah apabila beliau membuat penampilan sulungnya dalam Sukan Para Asean (APG) di Solo, Indonesia, dari semalam hingga 6 Ogos.



Nurhayati, 20 tahun, akan beraksi dalam acara lari pecut 400 meter T20 wanita pada 3 Ogos.



T20 ialah klasifikasi sukan kurang upaya untuk atlet kurang upaya dalam acara trek dan lompat.



Ia secara meluas meliputi atlet kurang keupayaan intelek.



"Dialah (ayah) orang yang akan memberi saya kata-kata semangat sebelum bertanding.



"Dalam keluarga, hanya dialah yang akan berbual dengan saya mengenai sukan," kongsi Nurhayati sambil menahan sebak ketika ditemui Berita Minggu selepas sesi latihannya di Trek Latihan Kallang baru-baru ini.



"Ia tidak sama seperti dahulu."



Nurhayati kehilangan bapanya beberapa minggu sebelum beraksi dalam Sukan Para Belia Asia 2021 di Bahrain Disember lalu.



Di temasya sukan itu, beliau, bagaimanapun, tetap berjaya membawa pulang pingat perak.



Kecemerlangan dan semangat kuat yang dipaparkan pelajar Sekolah Senior Delta APSN itu diiktiraf dalam Anugerah Sukan Kurang Upaya Singapura 2022 bulan ini.



Beliau dipilih sebagai Atlet Muda Wanita Terbaik tahun ini.



"Sebenarnya, saya tidak pernah menjangka akan menang anugerah itu... Tapi, ia pastinya akan mendorong saya untuk membuat yang terbaik dalam pertandingan akan datang," ujarnya.



Nurhayati, yang ghairah dan pada masa sama gementar untuk beraksi dalam APG, mengakui bahawa temasya sukan serantau itu akan membentangkan cabaran baru untuknya.



"Saya rasa agak khuatir kerana bimbang saya akan membuat kesilapan yang sama seperti di Tunisia (bagi siri Grand Prix Para Atletik Dunia bulan lalu)," kata beliau.



Nurhayati pulang dengan tangan kosong, meskipun Singapura memungut satu pingat emas dan tiga gangsa daripada pertandingan itu.



Ia perlumbaan peringkat senior dan Nurhayati menganggap pengalaman itu "sukar".



"Tapi, ia pengalaman yang baik. Saya dapat melihat bagaimana pelari pecut terbaik dunia bersaing. Mereka menjadi inspirasi untuk saya berlatih bersungguh-sungguh dan menjadi yang terbaik," tambah anak ketiga daripada empat adik-beradik itu, yang mula bergiat dalam sukan atletik ketika berusia 10 tahun.



Dalam sukan atletik APG kali ini, Singapura turut diwakili lima lagi atlet.



Mereka ialah James Ethan Ang (lari pecut 200m T13 lelaki), Maisarah Md Hassan (lari pecut 100m T36-37), Muhammad Diroy Nordin (baling lembing F40/41 lelaki dan lontar peluru F40/41 lelaki), Muhammad Nur Ariq Yaakob (lari pecut 400m T20 lelaki), dan Suhairi Suhani (lompat tinggi F20 lelaki).



Kontinjen Singapura bagi APG bertolak ke Indonesia Selasa lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >