Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelari pecut S’pura jadi atlet sepenuh masa

Beliau sasar pingat emas di Sukan SEA 2025
Jan 31, 2025 | 4:07 PM
Setelah menyelesaikan kewajipan perkhidmatan negara pada Disember 2024, pelari pecut negara, Marc Louis menjadi atlet sepenuh masa untuk melihat sejauh mana beliau mampu pergi serta mempunyai lebih banyak masa untuk berlatih dan baiki kelemahan.
Setelah menyelesaikan kewajipan perkhidmatan negara pada Disember 2024, pelari pecut negara, Marc Louis menjadi atlet sepenuh masa untuk melihat sejauh mana beliau mampu pergi serta mempunyai lebih banyak masa untuk berlatih dan baiki kelemahan. - Foto ST

Sejak dua tahun lepas, pelari pecut Marc Louis berjaya memecah rekod nasional untuk larian 60 meter dan 100 meter, serta memenangi pingat perak 100 meter pertama Singapura, di Sukan SEA 2023 dalam tempoh lebih sedekad.

Pada masa yang sama, beliau juga menjalani perkhidmatan negara (NS) sepenuh masa.

Setelah menyelesaikan NS pada Disember 2024, beliau teruja dengan apa yang boleh dicapainya pada 2025.

Pemain berusia 22 tahun itu memberitahu The Straits Times bahawa beliau membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya olahraga sepenuh masa selama setahun, untuk melihat sejauh mana beliau mampu pergi, selepas perbincangan dengan ibu bapanya dan jurulatih Benber Yu.

Lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central itu berkata: “Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya dapat mencapai keputusan (dalam olahraga) yang memberangsangkan dan telah berlari dalam masa yang baik.

“Tahun ini (2025), saya merasakan bahawa beralih ke sepenuh masa (olahraga) akan memberi saya lebih banyak masa untuk pulih daripada kecederaan, lebih banyak masa untuk berlatih dan lebih banyak masa untuk baiki semua perkara yang saya perlukan, terutama dari segi fizikal dan untuk saya mencapai kejayaan yang lebih baik.

“Itulah yang saya harapkan untuk dicapai pada 2025.”

Louis berkata prestasi ratu pecut, Shanti Pereira yang cemerlang selepas menjadi olahragawati sepenuh masa, telah membuatnya mencapai tahap yang lebih tinggi dalam latihan.

Jurulatih Yu, yang telah bekerja dengan Louis selama lebih sedekad, berkata dia “sangat teruja” tentang potensi anak didiknya itu.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau perlu habiskan masa untuk pelajarannya di samping berlatih dan kemudian menjalani NS. Kini dia akhirnya boleh mengasah potensinya,” kata Yu.

“Dengan melakukannya sepenuh masa, beliau boleh fokus pada latihan, mendapatkan rehat secukupnya dan mengukuhkan bahagian yang perlu dibaiki lagi.”

Marc Louis (tengah) melihat Shanti Pereira sebagai motivasi untuk beliau menjadikan sukan sebagai sepenuh masa.
Marc Louis (tengah) melihat Shanti Pereira sebagai motivasi untuk beliau menjadikan sukan sebagai sepenuh masa. - Foto ST

Semasa dia menjadi kerani di Kem Nee Soon, Louis berlatih sehingga enam kali seminggu.

Dia akan meninggalkan kemnya pada pukul 5 petang dan menuju ke Stadium Bishan untuk sesi latihan petang pada hari bekerja dan sekurang-kurangnya satu sesi pada hujung minggu.

Kini, pemegang Biasiswa Kecemerlangan Sukan itu akan berlatih sehingga 11 kali seminggu.

Sambil tersipu malu, Louis berkata: “Sukan SEA pertama yang saya sertai pada 2023, saya sudah pun berharap mendapatkan pingat emas, maka impian itu sentiasa ada dan saya amat dekat untuk mencapainya. Saya akan buktikan tahun ini.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg