Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMERGIAN PELE

Pele akan disemadi di kampung halaman Santos

Dec 31, 2022 | 05:30 AM



SAO PAULO: Stadium di mana Pele beraksi dalam beberapa perlawanan terbaik dalam kerjayanya juga akan mengadakan upacara pengebumian pemain hebat bola sepak Brazil itu, yang akan berlangsung selama dua hari mulai lusa.



Santos, kelab yang mana Pele bermain di Brazil, dalam satu kenyataan berkata orang awam akan dapat memberikan penghormatan terakhir mereka di Stadium Vila Belmiro, di luar Sao Paulo.



Pele meninggal dunia kelmarin selepas pertarungan lama dengan barah kolon. Beliau berusia 82 tahun.



Santos berkata keranda yang membawa juara Piala Dunia tiga kali itu akan meninggalkan hospital Albert Einstein di Sao Paulo awal lusa dan akan diletakkan di bulatan tengah padang.



Lawatan akan bermula lusa pada 10 pagi dan tamat keesokan harinya pada masa yang sama.



Keranda Pele akan dibawa melalui jalan-jalan di Santos dan akan melalui di hadapan rumah ibunya yang berusia 100 tahun, Celeste.



Menurut laporan media Brazil baru-baru ini, ibu Pele tidak boleh meninggalkan katilnya dan tidak sihat.



Pengebumian akan diadakan di Memorial Necropole Ecumenica, sebuah tanah perkuburan menegak di Santos. Ia hanya akan dihadiri keluarga.



Pele mempunyai rumah di Santos, tempat dia tinggal sepanjang hayatnya. Beliau menghabiskan tahun-tahun terakhirnya di Guaruja.



Dalam pada itu, bintang-bintang bola sepak membanjiri media sosial dengan ucapan takziah mereka yang penuh emosi untuk mengingati kehebatan serta sumbangan Pele dalam sukan itu.



Penyerang Brazil, Neymar, memuji Pele, satu-satunya lelaki yang memenangi tiga Piala Dunia, dalam catatan media sosial bersama dua keping gambar dirinya bersama legenda itu.



"Sebelum Pele, '10' hanyalah nombor," kata pewaris nombor baju itu menulis di Instagram.



"Tetapi, ayat yang indah itu tidak lengkap. Saya akan mengatakan bahawa sebelum Pele, bola sepak hanyalah sukan.



"Dia mengubah bola sepak menjadi seni, menjadi hiburan... Status bola sepak dan Brazil melonjak kerana The King. Dia sudah pergi, tetapi keajaibannya akan kekal. Pele adalah abadi!" kata Neymar.



Seperti Pele, penyerang Perancis, Kylian Mbappe juga melakar nama pada usia muda dengan memenangi Piala Dunia pada 2018.



Pele pernah mengucapkan tahniah kepada Mbappe apabila pemain berusia 19 tahun itu menjadi pemain remaja pertama menjaringkan lebih daripada satu gol di perlawanan Piala Dunia - ketika menentang Argentina pada edisi 2018 - sejak legenda Brazil itu meledak dua gol ketika menewaskan Sweden pada perlawanan akhir 1958.



"Raja bola sepak sudah meninggalkan kita tetapi legasinya tidak akan dilupakan. Selamat jalan Raja," kata penyerang PSG, Mbappe, yang meledak hatrik ketika Perancis tewas penentuan sepakan penalti kepada Argentina di perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022.



Pele turut memenangi Piala Dunia pada 1962 dan 1970, dengan penyerang Argentina dan PSG, Lionel Messi, dianggap antara pemain yang hampir menyamai pencapaiannya.



"Selamat jalan Pele," kata Messi yang turut memuat naik gambarnya bersama Pele di Instagram.



Cristiano Ronaldo, yang menunjukkan gambar Pele memberikannya anugerah, menganggap legenda itu sebagai inspirasi kepada jutaan orang.



"Dia tidak akan pernah dilupakan dan memorinya akan terus kekal di ingatan setiap pencinta bola sepak. Selamat jalan Raja Pele," kata Ronaldo.



Penyerang Manchester City, Erling Haaland turut membuat ucapan: "Apa saja yang anda lihat mana-mana pemain lakukan, Pele yang pertama melakukannya."



Presiden FIFA, Gianni Infantino pula menulis: "Pele: Abadi - sentiasa bersama kami."



Pele turut membantu mempopularkan bola sepak di Amerika Syarikat apabila beliau menyertai New York Cosmos. - Agensi berita.




"Dia tidak akan pernah dilupakan dan memorinya akan terus kekal di ingatan setiap pencinta bola sepak. Selamat jalan Raja Pele."
- Cristiano Ronaldo.



"Raja bola sepak sudah meninggalkan kita tetapi legasinya tidak akan dilupakan. Selamat jalan Raja."
- Kylian Mbappe.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >