Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pele jalani pembedahan keluar tumbuhan dari kolon

Sep 8, 2021 | 5:30 AM
- Foto AFP
- Foto AFP -

LONDON: Legenda bola sepak Brazil Pele telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tumbuhan dari kolon.

Menyusuli laporan yang menyatakan beliau telah dirawat di hospital selama enam hari, Pele berkata beliau telah menjalani pembedahan pada Sabtu lalu untuk mengeluarkan tumbuhan.

Pele, 80 tahun, berkata:

"Saya bertuah kerana biasa meraikan kemenangan hebat bersama anda.

"Cabaran terkini ini akan saya hadapi dengan senyuman di wajah saya dan sikap optimistik."

Lima hari lalu, Pele, yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali bersama Brazil telah menafikan beliau pengsan dan menjalani pemeriksaan biasa di hospital.

Beliau kini berkata doktor telah mengesan tumbuhan itu semasa pemeriksaan tersebut.

Pada Februari tahun lalu, anak lelaki Pele, Edinho, berkata bapanya kini enggan keluar rumah kerana berasa malu tidak dapat berbuat demikian tanpa bantuan.

Kesihatan Pele telah mencetus keprihatinan kebelakangan ini, terutama selepas beliau menjalani pembedahan prostat pada 2015.

Beliau juga telah dimasukkan ke hospital pada 2019.

Pele, yang pernah menyarung jersi New York Cosmos dan Santos, ialah penjaring gol terbanyak bagi Brazil, dan antara empat orang yang telah beraksi dan menjaringkan gol dalam empat Piala Dunia.

Menurut Buku Rekod Sedunia Guinness, beliau telah menjaringkan 1,279 gol dalam 1,363 perlawanan sepanjang kerjayanya.

Ini termasuk 77 gol dalam 91 perlawanan bagi Brazil. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg