Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pele, legenda bola sepak Brazil, meninggal dunia pada usia 82 tahun

Dec 30, 2022 | 7:58 AM
Pele satu-satunya lelaki yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali sebagai pemain. Beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun pada Khamis (29 Disember).
Pele satu-satunya lelaki yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali sebagai pemain. Beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun pada Khamis (29 Disember). - - Foto REUTERS

SAO PAULO: Pele, pemain bola sepak Brazil legenda yang bangkit daripada kemiskinan untuk menjadi salah seorang atlet terhebat dan terkenal dalam sejarah moden, meninggal dunia pada Khamis (29 Disember) pada usia 82 tahun.

Hospital Albert Einstein di Sao Paulo, tempat Pele menjalani rawatan sebelum ini, berkata beliau meninggal dunia pada pukul 3.27 petang "disebabkan pelbagai kegagalan organ akibat perkembangan kanser kolon yang dikaitkan dengan keadaan perubatannya sebelum ini."

Kematian satu-satunya lelaki yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali sebagai pemain disahkan di akaun Instagramnya.

"Inspirasi dan kasih sayang menandakan perjalanan Raja Pele, yang meninggal dunia dengan aman hari ini," menurut catatan itu, sambil menambah beliau telah "mempesona dunia dengan kepintarannya dalam sukan, menghentikan perang, menjalankan kerja sosial di seluruh dunia dan menyebarkan kasih sayang, yang dipercayainya sebagai ubat untuk semua masalah kita".

Penghormatan mencurah dari seluruh dunia sukan, politik dan budaya popular untuk seorang tokoh yang melambangkan penguasaan Brazil dalam arena bola sepak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg