Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Peluang Arsenal ke suku akhir Liga Juara-Juara pudar, tewas mengejut 1-3 kepada Monaco

Feb 26, 2015 | 09:52 AM



HARAPAN Arsenal melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali sejak 2010 kian pudar selepas ia kalah mengejut 1-3 kepada Monaco di tempat sendiri.


Bekas bintang Tottenham Hotspur dan Manchester United Dimitar Berbatov menyumbat satu gol, sementara Geoffrey Kondogbia dan Yannick Ferreira Carrasco menjaringkan gol terakhir pada masa kecederaan, mengambil kesempatan kecuaian benteng Arsenal yang disifatkan sebagai 'membunuh diri sendiri' oleh pengurusnya Arsene Wenger.


Alex Oxlaide-Chamberlain menjaringkan gol sagu hati bagi tuan rumah di penghujung permainan, dengan Stadium Emirates separuh kosong, selepas penyokong Arsenal meninggalkan stadium lama sebelum perlawanan tamat.


Arsenal mempunyai tugas yang rumit apabila bertandang ke Monaco bulan depan. Bagi melangkah ke suku akhir, ia perlu menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >