Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Peluang bagi Carrick bukti keupayaan semarak MU

Nov 23, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Michael Carrick akan memimpin Manchester United sebagai pengurus sementara bagi perlawanan-perlawanan akan datang selepas kelab itu memecat Ole Gunnar Solskjaer.



Ini selepas United tewas 1-4 kepada Watford dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada hujung minggu lalu.



Carrick, 40 tahun, yang juga merupakan bekas pemain United, sebelum ini adalah sebahagian pasukan kejurulatihan di bawah kepimpinan Solskjaer, bersama Mike Phelan dan Kieran McKenna.



Ini adalah jawatan pengurusan utama di peringkat tertinggi yang pertama bagi Carrick.



Beberapa pengamat bola sepak di Britain semalam, berkata pelantikannya itu menunjukkan kekurangan di United dari segi perancangan jangka panjang.



Mereka berkata kelab itu terlepas peluang terbaik dua minggu lalu untuk mengorak perubahan dan mengubah kepimpinan kelab itu semasa tempoh perlawanan antarabangsa.



Buat masa ini, tiada rancangan kukuh dari United untuk menjadikan Carrick sebagai pengurus tetap United tetapi cara beliau mengendalikan pasukan bagi beberapa perlawanan akan datang adalah genting bagi seorang jurulatih muda sepertinya yang ingin membuktikan diri di tahap tertinggi.



Sebelum ini, Carrick pernah dipuji oleh beberapa pemain kerana cara beliau menguruskan pemain dengan cara yang berempati, tetapi tegas semasa latihan.



Beliau juga dikatakan boleh menjalin hubungan baik dengan pemain yang menghormati pencapaiannya bagi kelab dan England. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >