Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA PERDANA ENGLAND: ARSENAL LWN CRYSTAL PALACE

Peluang baik bagi The Gunners mantapkan kedudukan di takhta

Mar 19, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Perang psikologi antara Arsenal dan Manchester City dijangka memuncak sepanjang baki 11 perlawanan Liga Perdana England (EPL) kedua-dua pasukan.



Sungguhpun Arsenal kini di persada liga dengan kelebihan lima mata ke atas City, kedua-duanya tidak mampu tercicir mata untuk kekal di takhta.



Namun, Arsenal menentang Crystal Palace hari ini dan kemudian Leeds United pada 1 April dengan kelebihan bermain di padang sendiri.



Lebih daripada itu, jika menang kedua-dua perlawanan, The Gunners ada satu perlawanan dalam genggaman berbanding City - perlawanan EPL seterusnya City ialah menentang Liverpool pada 1 April.



Oleh itu, Arsenal mempunyai peluang baik untuk menjauhkan lagi dirinya dari City dan mendekatkan lagi mahkota EPL kepadanya.



Malah ini adalah perlawanan pertama bagi Palace selepas pengurusnya, Patrick Vieira dipecat oleh pengurusan kelab, menyusuli rantaian 12 perlawanan tanpa menang.



Ini termasuk tiga kekalahan berturut-turut yang hampir menjerumuskan ke kaki liga.



Hanya empat mata kini memisahkan Palace daripada pasukan di tangga ke-18.



Vieira, yang secara kebetulan bekas pemain Arsenal dan disifatkan sebagai antara pemain 'legenda' di kelab itu bakal digantikan oleh bos pasukan bawah 21 Palace, Paddy McCarthy.



Perlawanan sebelum ini menentang Brighton di padang lawan menyaksikan skuadnya tewas 0-1. Malah, kali terakhir The Eagles memenangi perlawanan EPL ialah pada 22 Disember 2022 menentang Bournemouth.



Rekod jaringan hambar - hanya tiga gol dalam enam perlawanan terakhirnya - harus menjadi tumpuan McCarthy, lebih-lebih lagi Palace tidak sekali pun menendang tepat pada sasaran dalam tiga perlawanan terakhirnya - kali pertama ini berlaku dalam sejarah EPL.



Arsenal, sebaliknya, akan masuk ke padang penuh yakin dan rentak permainan yang baik, walaupun baru sahaja tersingkir dari Liga Europa.



Skuad Mikel Arteta kelihatan tajam di semua posisi, terutamanya di sayap.



Pemain sayap Gabriel Jesus, yang baru pulih daripada kecederaan, dijangka disertakan dalam kesebelasan utama dan kelincahannya boleh memporak-perandakan pertahanan Palace.



Ia membuka jalan bagi The Gunners mencatat kemenangan liga kelima berturut-turut dan menghampiri kejuaraan.



Di samping itu, kepakaran Arteta dalam menggunakan pemain di bangku simpanannya - perlawanan menentang Bournemouth, yang dimenangi Arsenal 3-2 - menyaksikan pemain midfield Emile Smith Rowe digantikan oleh Reiss Nelson, yang menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada waktu kecederaan.



Dalam satu sidang media pada Khamis, Arteta berkata beliau memanggil pemain simpanannya sebagai "pemberi impak".



"Saya rasa ia cara terbaik untuk menzahirkan apa yang kami rasakan terhadap mereka dan bagaimana mereka perlu rasakan terhadap pasukan ini, terutama pada hari perlawanan," jelasnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >