Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TERBUKA AUSTRALIA

Peluang Djokovic pertahan piala tipis?

Gara-gara tidak ada bukti divaksinasi, visa dibatal, juara bertahan mungkin diarah tinggalkan Australia
Jan 07, 2022 | 05:30 AM



MELBOURNE: Australia membatalkan visa masuk Novak Djokovic hari ini sekali gus memberi tamparan hebat kepada pemain tenis nombor satu dunia itu.



Bintang tenis Serbia itu sudah tiba di Melbourne petang kelmarin selepas memberitahu di media sosial bahawa beliau telah mendapat pengecualian perubatan untuk beraksi di Kejohanan Terbuka Australia tanpa bukti sudah sepenuhnya mengambil vaksin Covid-19.



Pengecualian yang diberikan oleh penganjur Terbuka Australia selepas permohonannya dipertimbangkan dua panel perubatan itu mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Australia yang melalui sekatan pergerakan selama dua tahun akibat Covid-19.



Bagaimanapun juara sembilan kali Terbuka Australia itu akhirnya tidak dapat masuk ke Australia.



"Djokovic gagal memberikan bukti yang diperlukan untuk memenuhi syarat kemasukan ke Australia dan visanya kemudiannya dibatalkan.



"Bukan warganegara yang tidak memegang visa masuk secara sah atau yang dibatalkan visa mereka akan ditahan dan diarah keluar dari Australia.



"Pasukan Sempadan Australia akan terus memastikan mereka yang tiba di sempadan kami mematuhi undang-undang dan syarat masuk ke negara kami," kata Pasukan Sempadan Australia dalam satu kenyataan.



Djokovic telah dibawa ke sebuah hotel kuarantin di Melbourne selepas ditahan di lapangan terbang bandar itu semalaman dan diberitahu beliau perlu meninggalkan negara itu semalam, sumber yang rapat dengan kejohanan itu memberitahu Reuters.



Kejadian ini mencetuskan rasa tidak senang hati Presiden Serbia, Encik Aleksandar Vucic, yang mendakwa layanan buruk terhadap pemain bintangnya itu.



Menerusi catatan di Twitter beliau berkata telahpun memberi keyakinan kepada Djokovic "bahawa seluruh Serbia bersamanya dan kami akan melakukan segala-galanya untuk melihat layanan buruk (harassment) terhadap pemain tenis terbaik dunia itu dihentikan serta-merta.



"Selaras dengan semua norma undang-undang antarabangsa, Serbia akan terus menyokong Novak, bagi mendapatkan kebenaran dan keadilan," kata Encik Vucic di Twitter.



Media Serbia melaporkan bahawa Encik Vucic telah memanggil duta Australia di Belgrade dan menuntut Djokovic dibebaskan dan dibenarkan beraksi.



Sementara itu Perdana Menteri Australia, Encik Scott Morrison, berkata dasar sempadan negara yang ketat amat penting untuk mengekalkan kadar kematian yang rendah.



"Peraturan tetap peraturan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan sempadan negara kita. Tiada sesiapa yang boleh mengatasi peraturan ini," katanya.



Encik Morrison berkata beliau mengetahui bahawa "perutusan telah dibuat" oleh kedutaan Serbia di Canberra dan menafikan dakwaan layanan buruk terhadap Djokovic.



"Australia mempunyai sempadan berdaulat dan peraturan jelas yang tidak mendiskriminasikan," jelasnya.



Tenis Australia dan pegawai kerajaan berkata Djokovic tidak menerima layanan istimewa, sambil menambah beliau adalah antara "segelintir" daripada 26 orang yang memohon untuk pengecualian yang diluluskan.



Dengan hanya 11 hari lagi sebelum Terbuka Australia bermula, kes ini mungkin akan dibawa ke Mahkamah Tinggi. - AFP, Reuters




CETUS KETEGANGAN DIPLOMATIK



"Seluruh Serbia bersamanya (Djokovic) dan kami akan melakukan segala-galanya untuk melihat layanan buruk terhadap pemain tenis terbaik dunia itu dihentikan serta-merta.

Selaras dengan semua norma undang-undang antarabangsa, Serbia akan terus menyokong Novak bagi mendapatkan kebenaran dan keadilan.''

- Encik Aleksandar Vucic, Presiden Serbia.



"Peraturan tetap peraturan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan sempadan negara kita. Tiada sesiapa yang boleh mengatasi peraturan ini.

...Australia mempunyai sempadan berdaulat dan peraturan jelas yang tidak mendiskriminasikan.''

- Encik Scott Morrison, Perdana Menteri Australia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >