Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Peluang terakhir raikan Schooling

Aug 18, 2016 | 05:30 AM



WARGA Singapura berpeluang meraikan kemenangan Joseph Schooling di Rio 2016 dan mengucapkan selamat tinggal kepadanya hari ini apabila beliau diarak dengan bas tidak berbumbung serata kota hari ini.



Perarakan yang dijadual bermula sekitar 9.30 pagi itu akan membuat tiga perhentian - di pasar Blok 50A di Marine Terrace (10 - 10.45 pagi); di Singtel Comcentre Plaza (11.30 pagi - 12.15 tengah hari) dan di pusat beli-belah Raffles City (12.45 tengah hari - 2 petang).



Bas dijangka melalui Orchard Road menuju ke Bras Basah Road antara 12.15 dengan 12.45 tengah hari.



Ini kali pertama seorang atlit daripada sukan individu menerima penghormatan ini.



Dalam 2012, pasukan bola sepak nasional disambut ratusan peminat apabila ia diarak dengan bas tanpa bumbung di Orchard Road selepas memenangi Piala AFF Suzuki buat kali keempat.



Schooling mencatat sejarah sebagai atlit nasional pertama memenangi pingat emas Olimpik.



Beliau memenangi acara 100 meter gaya kupu-kupu dengan masa 50.39 saat - rekod Olimpik - pada 13 Ogos lalu.



Beliau dijadual berangkat ke Austin, Texas, tengah malam ini, bagi menyambung pengajian dan latihan di Universiti Texas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >