Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peluncur air El Salvador maut disambar petir semasa jalani latihan

Mar 24, 2021 | 5:30 AM
EL SALVADOR BERKABUNG: Katherine Diaz sedang membuat persiapan bagi Sukan Luncur Air Dunia ISA yang akan berlangsung dari 29 Mei hingga 6 Jun di pantai La Bocana dan El Sunzal, apabila tragedi disambar petir berlaku. - Foto INTERNATIONAL SURFING ASSOCIATION
EL SALVADOR BERKABUNG: Katherine Diaz sedang membuat persiapan bagi Sukan Luncur Air Dunia ISA yang akan berlangsung dari 29 Mei hingga 6 Jun di pantai La Bocana dan El Sunzal, apabila tragedi disambar petir berlaku. - Foto INTERNATIONAL SURFING ASSOCIATION -

SAN SALVADOR (El Savador): Seorang anggota pasukan luncur air kebangsaan El Salvador meninggal dunia Jumaat lalu, selepas beliau disambar petir semasa latihan, Institut Sukan Negara (Indes) mengesahkan laporan tersebut.

Katherine Diaz, 22 tahun, muncul dari perairan di pantai El Tunco yang menghadap lautan Pasifik, sekitar 16 kilometer dari ibu kota San Salvador ketika beliau terbunuh, kata akhbar tempatan.

Beliau dirawat oleh perkhidmatan kecemasan tetapi meninggal di tempat kejadian.

Akhbar Sepanyol AS melaporkan keadaan cuaca yang cerah ketika itu tiba-tiba berubah tanpa dijangka.

"Sebagai duta sukan global, Katherine sering mencerminkan kegembiraan dan tenaga yang menjadikan sukan luncur air begitu istimewa dan disukai ramai," kata Persatuan Luncur Air Antarabangsa dalam satu penghormatan yang dimuatnaik di media sosial.

Persekutuan Luncur Air Salvador menambah:

"Seorang atlit hebat yang telah mewakili negara kita telah meninggalkan kita. Sampai jumpa lagi, srikandi hebat. El Salvador sedang berkabung."

Diaz, yang merupakan seorang pesaing peringkat tinggi dari Amerika Tengah, sedang membuat persiapan bagi Sukan Luncur Air Dunia ISA yang akan berlangsung dari 29 Mei hingga 6 Jun di pantai La Bocana dan El Sunzal. - AFP, Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg