Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Pemain asal Brazil, bekas kapten Korea perkuat Sailors

Juara SPL bersiap bagi penyertaan sulung dalam Liga Juara-Juara Asia yang lebih mencabar
Jan 26, 2022 | 05:30 AM



JUARA bertahan Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors, masih mencari pemain import untuk memperkukuh skuadnya menjelang penglibatan sulung dalam pertandingan berprestij Liga Juara-Juara Asia (AFC) musim ini.



Ini termasuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan dari Brazil, Pedro Henrique, yang difahami dibeli dengan harga 1.3 juta euro ($2 juta) dan bekas kapten pasukan nasional Korea Selatan, Kim Shin-wook.



Sailors difahami telah mendapatkan khidmat Shin-wook, seorang penyerang, dalam perjanjian selama tiga tahun bernilai lebih $3 juta.



Dalam laporannya semalam, The Straits Times (ST) berkata Sailors masih mencari-cari seorang lagi pemain barisan depan yang juga boleh beraksi di bahagian sayap.



Jurulatih Sailors, Kim Do-hoon, berkata pasukannya perlu menetapkan matlamat yang jelas, iaitu berusaha menjadi pasukan yang mampu bersaing di peringkat Asia yang lebih tinggi dan mencabar.



Beliau melahirkan harapan pemain import terbarunya, Pedro dan juga Shin-Wook, dapat membantu pasukan dalam meniti laluan itu.



"Saya tidak sabar mulakan perjalanan pasukan bagi 2022. Dengan kehadiran Shin-wook dan Pedro, bersama pemain setempat lain yang telah menyertai kami, saya percaya kami akan menjadi lebih berkesan dalam mempertingkat bola sepak kami," ujar Kim.



Memberi komen pertama kepada media selepas diumumkan sebagai pemain Sailors, Henrique berkata beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan jurulatih dan rakan sepasukan yang lain.



"Saya ingin bekerjasama dengan Diego (Lopes) dan ketua jurulatih Kim Do-Hoon yang pernah memenangi Liga Juara-Juara Asia. Ramai pemain dalam skuad ini juga mempunyai pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa dengan pasukan nasional Singapura dan saya yakin kami akan menjadi pasukan yang disegani," ujar Henrique, yang berdiri setinggi 1.9 meter dan dikatakan pemain yang tangkas di udara dan bijak mengatur posisi.



Berusia 29 tahun, Henrique, yang telah menandatangani kontrak tiga tahun dengan Sailors, sebelum ini terikat dengan Vitoria Guimaraes - kelab Portugal yang beraksi dalam Liga Europa.



Malah, Henrique mewakili kelab itu dalam perlawanan Liga Europa dengan RB Salzburg dan menjaringkan gol pasukannya dalam perlawanan yang berkesudahan 1-1.



Selepas musim 2019, beliau dipinjamkan ke kelab Arab Saudi Al-Wehda dan selanjutnya ke Atletico Goianiense dari Brazil.



Dalam pada itu, Sailor juga telah mendapatkan khidmat penjaga gawang nasional Izwan Mahbud sejak November lalu, yang bermakna bersama Hassan Sunny, ia kini memiliki dua penjaga gawang terbaik di Singapura.



Sejak menjadi kelab yang diswastakan pada 2020, pemilik Sailors, Sea Limited, telah membuat pelaburan besar untuk memperkukuh kelab.



Selepas menjadi naib juara SPL pada musim pertama, pemilik Sailors membelanjakan 1.8 juta euro - satu rekod - untuk membeli Lopes dari kelab Portugal, Rio Ave.



Skuad Sailors juga ditaburi pemain nasional termasuk kapten nasional Hariss Harun, Gabriel Quak dan Faris Ramli.



Dalam Liga Juara-Juara Asia nanti, Sailors telah diundi dalam Kumpulan F bersama-sama Urawa Red Diamonds dari Jepun, juara China Shandong Taishan dan salah satu daripada dua pasukan berikut - Daegu FA dari Korea Selatan dan Buriram United dari Thailand yang akan bertemu dalam play-off.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >