Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK

Pemain badmninton Loh Kean Yew ingin catat sejarah

Jul 17, 2021 | 05:30 AM



PEMAIN badminton lelaki nombor satu negara Loh Kean Yew berkata beliau berharap mencatat sejarah dengan memenangi pingat di Sukan Olimpik Tokyo ini.



Loh, 24 tahun dan rakan sepasukannya Yeo Jia Min, 22 tahun bertandang ke Tokyo tahun ini untuk meneruskan penglibatan pemain badminton negara di Olimpik.



Sejak Olimpik musim panas di Barcelona pada 1992, 14 warga Singapura telah mewakili Singapura di temasya sukan itu, tetapi kesemua tidak pulang dengan pingat.



Ronald Susilo melangkah ke suku akhir acara perseorangan lelaki di Athens, Greece pada 2004, sebelum pasangan pemain wanita Jiang Yanmei dan Li Yujia melangkah ke peringkat sama di Beijing 2008.



Dalam wawancara dengan The Straits Times (ST) baru-baru ini, Loh berkata beliau ingin mengubah rekod itu.



"Memenangi pertandingan memang suatu yang hebat dan bukan mudah, tapi ia juga biasa dilakukan oleh sesiapa dan orang boleh melupakan kemenangan itu.



"Namun, jika anda mencapai suatu yang belum pernah dikecapi orang lain... anda boleh mencatat sejarah dan tiada orang boleh merampas perkara itu daripada anda," kata Loh.



"Saya mahu mencipta sejarah ... supaya generasi selanjutnya boleh mendapat inspirasi untuk berbuat demikian atau lebih baik."



Namun, Loh, yang menduduki tangga ke-42 di ranking dunia tahu cabaran tinggi melangit yang menantinya di Plaza Sukan Musashino Forest dan beliau sedar ada yang boleh tersenyum sinis mendengar impiannya itu.



Pemain bertaraf bintang seperti Lin Dan dari China dan Lee Chong Wei dari Malaysia telah bersara, tetapi ada beberapa lagi pemain badminton bertaraf dunia yang akan bertanding di Tokyo 2020.



Juara bertahan Chen Long memikul harapan China untuk memenangi emas, sementara pemenang pingat gangsa dari 2016 Victor Axelsen juga akan bertanding.



Pemain tuan rumah Kento Momota, yang juga pemain nombor satu dunia, adalah pilihan utama untuk memenangi pingat emas kali ini.



Malah, sejak 1992, hanya dua pemain unseeded atau yang tidak diberi ranking bagi acara ini di Olimpik - untuk memastikan pemain terbaik tidak bertemu di peringkat awal - telah memenangi pingat dalam acara perseorangan.



Mereka adalah pemain Denmark Thomas Stuer-Lauridsen yang memenangi gangsa dan pemain Indonesia Taufik Hidayat yang memenangi emas pada 2004.



Namun Loh berkata beliau tidak gentar dan yakin boleh mengatasi cabaran yang ada.



"Dari segi keupayaan saya tidak tewas. Ini adalah Olimpik dan sesiapa sahaja boleh membuat kesilapan.. dan saya boleh beraksi lebih baik daripada sesiapa."



Hujah Loh itu berisi.



Sejak beberapa tahun ini, beliau telah bangkit dan menunjukkan keupayaan untuk mencatat keputusan di luar jangkaan.



Pada 2019, beliau menewaskan dua pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia Nguyen Tien Minh dari Vietnam dan pemain Denmark Jan P. Jorgensen; menewaskan dua pemain utama India Kashyap Parulpali dan Sameer Verma serta dua kali menewaskan pemain nombor 10 dunia Wang Tzu-wei dari Taiwan.



Beliau juga pernah menewaskan Lin di final Masters Thailand pada 2019, tahun yang sama beliau memenangi pingat perak di Sukan Sea Manila.



Tahun lalu, beliau menewaskan pemain nombor 10 dunia Kanta Tsuneyama di Master Indonesia 2020 dan pemain nombor dua Taiwan Chou Tienchen di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.



Menurut Loh, kemenangan-kemenangan itu memberikannya keyakinan mampu bersaing dengan pemain terbaik, tetapi tidak akan membuatnya leka.



"Kita tidak boleh terlalu berpaling kepada kemenangan lalu dan harus mara dan membuat persiapan bagi perlawanan selanjutnya.




"Saya mahu mencipta sejarah... supaya generasi selanjutnya boleh mendapat inspirasi untuk berbuat demikian atau lebih baik."
– Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >