Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Pemain bola sepak YOG dipilih 25 Pemimpin Muda IOC

Feb 04, 2021 | 05:30 AM



BELIAU merupakan salah seorang pemain pasukan Singapura yang telah mempamerkan prestasi baik semasa acara Sukan Olimpik Belia (YOG) pada 2010 dan memberikan inspirasi kepada ramai.



Untuk itu, Dhukhilan Jeevamani sedar bahawa sukan boleh meninggalkan kesan yang mendalam terhadap orang lain.



Walaupun telah 'bersara' dari sukan itu pada usia 22 tahun untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan kemudian menjalani kursus sarjana muda dalam kewangan di universiti selepas itu, beliau tetap ingin terlibat dalam sukan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.



Aspirasinya itu meyakinkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk memilih pemuda berusia 25 tahun itu sebagai salah seorang daripada 25 Pemimpin Muda untuk menyertai program empat tahun yang disokong rakan kongsi Olimpik sedunia Panasonic.



Beliau merupakan warga Singapura keempat yang merupakan sebahagian daripada program itu, selain atlit lawan pedang Rania Rahardja dan atlit kapal layar Cecilia Low dan Sean Lee.



Kesemua 25 belia itu dipilih dari seramai 350 pemohon dari 25 negara, kata IOC dalam kenyataannya kelmarin.



Tujuan program tersebut adalah untuk membantu membangunkan perniagaan sosial yang mampan dengan tumpuan terhadap sukan.



Peserta akan terlibat mulai dari proses memikirkan idea sehingga melaksanakannya dengan modul pembelajaran dan peluang kepimpinan yang disediakan setiap minggu.



Dhukhilan berkata beliau terlihat pos berkaitan program tersebut di Facebook Oktober lalu dan memutuskan bahawa beliau ingin menyumbang dan membuat perubahan.



Sebagai sebahagian daripada program tersebut, Dhukhilan akan menjalani program induksi dengan IOC dalam minggu-minggu akan datang.



Beliau ingin menggunakan bola sepak sebagai perantara untuk memperkasa tiga golongan: kanak-kanak perempuan berusia lima hingga 15 tahun dan golongan kurang upaya fizikal dan intelektual.



"YOG mencelikkan mata saya kepada apa yang berlaku di dunia dan membentuk kehidupan saya. Ia bukan sahaja mendedahkan saya kepada budaya berbeza, tetapi ia mencetuskan semangat untuk melakukan yang terbaik.



"Saya rasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu apabila saya tahu tentang tentang jurang ketidaksetaraan yang semakin luas, dan program ini merupakan peluang yang baik untuk saya menyumbang untuk membantu mereka yang ketinggalan, melalui wadah yang mempunyai jangkauan yang lebih meluas," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >