Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN DUNIA

Pemain bola tampar digantung kerana 'sepetkan mata' ke atas lawan

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Seorang pemain bola tampar dari Serbia telah digantung dua perlawanan kerana menunjukkan sikap berbaur perkauman semasa perlawanan dengan Thailand minggu lalu.



Sanja Djurdjevic dipetik kamera menggunakan jarinya untuk 'mengecilkan' matanya, mengundang kemarahan penonton di dalam talian.



Pemain itu, dan Persekutuan Bola Tampar Serbia (VFS) telah memohon maaf, dan menyifatkan insiden itu sebagai satu salah faham kecil.



VFS juga telah telah didenda £15,832 (sekitar $30,000).



Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) berkata wang itu akan didermakan kepada pergerakan yang menentang kelakuan perkauman dan boleh juga digunakan untuk membiayai program pendidikan bagi masyarakat bola tampar mengenai peri penting sikap sensitif saling budaya.



Djurdjevic akan terlepas mewakili pasukannya dalam perlawanan dengan Belgium dan Canada.



Beliau membuat aksi yang mencetus kontroversi itu semasa perlawanan di Italy pada 1 Jun, mendorong ribuan orang menandatangani petisyen yang menggesa beliau dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.



Menurut laman Vice, Djurdjevic telah memohon maaf atas perbuatannya itu dalam siri pos di akaun Instagram, sebelum beliau menukar akses akaunnya menjadi privet.



VFS juga telah menerbitkan ucapan maaf, dan berkata ia berdukacita atas kejadian tersebut dan perbuatan pemainnya.



"Kami memohon kepada pasukan Thailand dan warganya, dan kepada semua yang terjejas akibat insiden ini," kata VFS di Facebook.



"Kami berharap perkara ini tidak akan dibesar-besarkan. Sanja sedar akan kesalahannya dan telah pun memohon maaf dengan segera kepada pasukan Thailand. Beliau hanya ingin menunjukkan kepada pasukannya supaya beraksi lebih baik seperti pasukan lawan.



"Beliau tidak bermaksud menghina pasukan lawan, tetapi aksinya disesali."



Insiden itu berlaku berlatar retorik anti-Asia dan serangan ke atas orang dari benua itu sejak pandemik bermula tahun lalu.



Di Amerika Syarikat, kumpulan advokasi Stop AAPI berkata ia telah menerima lebih 2,800 aduan dari serata negara mengenai insiden kebencian terhadap warga Amerika dari Asia dan dari kepulauan Pasifik. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >