Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain bolasepak Maghribi, Achraf Hakimi, disiasat atas tuduhan rogol

Mar 01, 2023 | 05:10 PM



PARIS: Hanya beberapa bulan lalu, bintang bola sepak Maghribi Achraf Hakimi disanjung sebagai antara wira yang membantu pasukan bola sepak negaranya  mengukir sejarah melangkah ke separuh akhir Piala Dunia di  Qatar.


Kini, sejarah indah itu tercalar, selepas pihak pendakwa raya Perancis memulakan siasatan ke atas Achraf berhubungan tuduhan merogol.


Mengesahkan perkara itu, seorang pegawai pejabat hakim di Paris berkata Achraf, yang menyarung jersi kelab terkemuka Paris Saint-Germain (PSG), berkata  siasatan tersebut dipimpin  pejabat pendakwa raya di Nanterre.


Namun, beliau enggan memberi sebarang butiran mengenai tuduhan atau mengulas mengenai sebarang laporan media berhubung perkara yang berlaku kerana tidak mempunyai kebenaran berbuat demikian.


Achraf, yang dilahirkan di Sepanyol namun bermain bagi pasukan nasional Maghribi, tetap hadir di acara Anugerah Fifa yang berlangsung pada Selasa.


Beliau juga mendapat penghormatan apabila dipilih menganggotai kesebelasan utama Piala Dunia, atau World XI. – Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >