Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain boling veteran Hairon Awang juara Asia

Nov 10, 2022 | 1:43 PM
Hairon menjatuhkan 1382 pin daripada enam permainan untuk menang acara Perseorangan 50 Tahun Ke Atas Senior Lelaki di Kejohanan Boling Sepuluh Pin Senior Asia yang ke-16 di Kuala Lumpur, Malaysia. - Foto PERSEKUTUAN BOLING SINGAPURA
Hairon menjatuhkan 1382 pin daripada enam permainan untuk menang acara Perseorangan 50 Tahun Ke Atas Senior Lelaki di Kejohanan Boling Sepuluh Pin Senior Asia yang ke-16 di Kuala Lumpur, Malaysia. - Foto PERSEKUTUAN BOLING SINGAPURA -

PEMAIN boling veteran Singapura, Hairon Awang telah mengharumkan nama negara di sebarang Tambak selepas merangkul pingat emas dalam acara Perseorangan 50 Tahun Ke Atas Senior Lelaki di Kejohanan Boling Sepuluh Pin Senior Asia yang ke-16 pada Khamis (10 November).

Hairon, 62 tahun, menjatuhkan 1382 pin daripada enam permainan untuk mengatasi warga Korea, Yang Se-jong (1328 pin) dan Tetsuji Yamanaka dari Jepun (1321 pin) di Sunway Megalanes di Kuala Lumpur, Malaysia tengahari ini.

Aksi perseorangan bagi acara lelaki dan wanita untuk kedua-dua kategori 50 tahun serta 65 tahun ke atas berlangsung hari ini.

Singapura diwakili 32 atlet dalam empat acara itu.

Kejohanan tersebut diadakan sejak semalam hingga 15 November.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg