Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain catur handal disingkir daripada perlawanan kerana disyaki tipu

‘Grandmaster’ Ukraine wakil Romania dituduh dapat bantuan komputer telefon bimbit dalam tandas
Oct 17, 2024 | 11:28 AM
Kirill Shevchenko yang merupakan seorang grandmaster Ukraine yang mewakili Romania dalam pertandingan catur, telah disingkirkan daripada acara kejohanan catur berpasukan di Sepanyol itu, pada 14 Oktober.
Kirill Shevchenko yang merupakan seorang grandmaster Ukraine yang mewakili Romania dalam pertandingan catur, telah disingkirkan daripada acara kejohanan catur berpasukan di Sepanyol itu, pada 14 Oktober. - Foto PIXABAY - STEVEPB

NEW YORK: Seorang jaguh catur disingkir daripada sebuah kejohanan di Sepanyol selepas dituduh menipu dengan menggunakan telefon di tandas semasa perlawanan. Kirill Shevchenko pergi ke tandas lama semasa perlawanan dan pegawai yang memeriksa bilik air yang digunakannya menemui sebuah telefon, yang mungkin digunakan bagi mendapatkan bantuan daripada program komputer, lapor The New York Times.

Shevchenko, 22 tahun, seorang grandmaster Ukraine yang mewakili Romania dalam pertandingan, disingkir daripada kejohanan berpasukan di Sepanyol itu pada 14 Oktober, selepas telefon tersebut ditemui.

Telefon itu mempunyai nota tulisan tangan yang mengatakan: “Jangan sentuh! Telefon ini ditinggalkan supaya pemiliknya boleh menjawabnya pada waktu malam!”, menurut ketua penimbang tara kejohanan itu, Oscar Bruno de Prado Rodriguez, lapor Chess.com.

Tulisan tangan itu serupa tulisan tangan Shevchenko, dan dakwat itu menyerupai dakwat pen yang digunakannya, lapor akhbar Sepanyol, El Mundo.

Akhbar itu juga melaporkan Shevchenko melakukan beberapa langkah dengan amat pantas, seolah-olah tanpa berfikir, sejurus selepas pulang dari bilik air. Sehari sebelum itu, pekerja pembersihan menemui sebuah telefon lain di dalam tandas itu, yang diserahkan kepada pihak berkuasa, menurut El Mundo.

Shevchenko seri dalam dua pusingan pertama acara itu, tetapi selepas beliau disingkir kedua-dua perlawanan ditukar kepada kekalahan. Pemain di tangga ke-69 rangking dunia Persekutuan Catur Antarabangsa (Fide) itu tidak dapat dihubungi untuk diminta mengulas. Persekutuan Catur Romania berkata dalam satu kenyataan Shevchenko menafikan dakwaan itu dan badan itu akan menyokongnya melainkan ia ada maklumat lanjut.

“Tuduhan serius sebegini perlu disokong bukti kukuh, dan setakat ini hanya bukti mengikut keadaan didedahkan kepada umum,” kata kenyataan itu. “Kami menantikan butiran kes dan kami akan mengkaji dengan teliti bukti yang disertakan.”

Fide berkata dalam satu e-mel pada 16 Oktober ia tidak menerima laporan mengenai kejadian itu, tetapi menjangkakannya tidak lama lagi. Ia berkata pihaknya akan menyiasat kejadian itu dan berhak mengenakan sekatan ke atas Shevchenko jika beliau didapati bersalah.

Pada zaman moden, komputer catur, yang mudah diakses melalui peranti elektronik mudah alih, bermain jauh lebih baik daripada sembarang manusia yang bermain tanpa bantuan. Detik bersejarah komputer catur berlaku pada 1997 apabila juara dunia, Garry Kasparov, ditewaskan komputer bernama ‘Deep Blue’.

Dan komputer hari ini bermain lebih baik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg