Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FLOORBALL

Pemain floorball Siti Nurhaliza dilamar bermain di Eropah

Bakal sertai kelab Republik Czech, SC Tempish Vitkovice, juara lima kali liga teratas Eropah timur
Sep 07, 2019 | 05:30 AM



HALANGAN bahasa, persekitaran asing serta cuaca sejuk merupakan antara cabaran yang bakal diharungi pemain muda ini tatkala beliau memulakan lembaran baru dalam kerjaya sukan floorball di Eropah minggu hadapan.



Namun Siti Nurhaliza Khairul Anuar, yang telah berangkat ke Republik Czech semalam, bersedia dan berani menghadapi semua itu demi mengejar impiannya beraksi di liga floorball luar negara.



Beliau bakal menyertai kelab SC Tempish Vitkovice, iaitu juara lima kali liga wanita teratas di Eropah timur, Extraliga.



Penyerang berusia 20 tahun itu telah ditawarkan kontrak selama semusim untuk menyarung jersi pasukan semi-pro di Ostrava itu.



Ini selepas persembahan beliau berjaya memukau dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan tersebut di Prague bulan lalu.



Siti Nurhaliza telah berada di sana bersama pasukan floorball wanita Singapura yang bertanding dalam kejohanan Terbuka Czech.



Beliau dan lima lagi rakan sepasukan nasional telah diundang untuk beraksi dalam kelab Finland, Eraviikingit, untuk menentang Vitkovice.



Beberapa hari kemudian, beliau mendapat tawaran daripada pengurus pembangunan pemain Vitkovice, Jiri Velecky.



Ketika dihubungi Berita Harian semalam, Siti Nurhaliza, yang terkejut mendapat tawaran tersebut, berkata:



"Perasaan saya bercampur baur. Gembira tetapi gementar sebab tidak tahu apa yang patut saya jangkakan.



"Bahasa mungkin satu cabaran besar yang harus saya hadapi kerana mereka tidak begitu fasih dalam bahasa Inggeris. Selain itu, sekitaran yang baru dan cuaca sejuk sebab saya seorang yang tidak boleh tahan sejuk."



Sejak penampilan antarabangsa sulungnya untuk negara Jun lalu, lulusan Politeknik Republic dalam jurusan sains sukan dan senaman itu telah menjaringkan 13 gol dalam 14 penampilan untuk negara.



Dalam Liga Perdana Floorball Wanita Singapura yang sedang berlangsung, beliau telah menjaringkan 25 gol dan 16 'assist' dalam 12 perlawanan untuk kelab tempatan, NUS Titans.



"Saya sangat berminat dalam sukan floorball dan peluang ini adalah sekali dalam seumur hidup. Tahap pasukan dan intensiti floorball di Singapura dan Eropah berbeza. Di sana, tahapnya tinggi dan antara yang terbaik di dunia. Sebab itu, saya ingin ke sana.



"Dengan bermain di sana, saya harap dapat mempelajari sesuatu dan mengongsi pengetahuan yang saya raih bersama pasukan floorball negara.



"Mudah-mudahan, ia dapat bantu memajukan sukan floorball di sini dan Singapura boleh berdiri setaraf dengan pasukan teratas di dunia," ujar anak sulung kepada tiga beradik itu.



Siti Nurhaliza merupakan pemain Asia pertama Vitkovice dan akan berlatih bersama pasukan itu selama tujuh bulan.



Vitkovice akan menampung kos penerbangan, pengangkutan dan penginapannya serta menawarkan elaun makanan bulanan.



Kelab itu juga akan membenarkan Siti Nurhaliza pulang ke tanah akhir untuk mempersiapkan diri bagi Sukan Sea November ini dan Kejohanan Floorball Sedunia di Switzerland Disember ini.



Siti Nurhaliza akan membuat penampilan pertamanya untuk negara dalam Sukan Sea November ini.



"Secara fizikal, saya sudah bersiap sedia tetapi secara mental, mungkin belum lagi. Saya tidak tahu apa yang patut saya jangkakan di Sukan Sea.



"Saya harap pengalaman yang diraih di luar negara dapat menjadikan saya lebih kuat, bersikap lebih positif dan terbuka.



"Saya juga berazam untuk mempertingkatkan tahap permainan dan mengubah gaya permainan sewaktu berlatih di sana," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >