Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA SOLHEIM

Pemain golf Eropah Leona Maguire siap temu AS

Sep 20, 2023 | 11:22 AM



MALAGA (Sepanyol): Leona Maguire berkata beliau akan menghadapi ujian fizikal dan mental sedang Eropah bersiap mengekalkan kejuaraan ketiga mereka berturut-turut dalam Piala Solheim.


Pertandingan ke-18 antara Eropah dengan Amerika Syarikat itu akan bermula pada Jumaat di Finca Cortesin di Andalucia, Sepanyol.

Suhu dijangka mencecah 29 darjah Celsius di padang berbukit yang terkenal dengan banyak cabaran.

“Saya fikir menguruskan tenaga merupakan cabaran utama,” kata Maguire yang berasal dari Ireland, yang membuat penampilan pertama dua tahun lalu.

“Cuacanya dijangka panas. Ia pasti akan menjadi ujian fizikal dan mental pada minggu ini. Kami juga banyak latihan, banyak bertemu media, banyak lagi perkara lain minggu ini.

“Makanya menguruskan masa dan tenaga minggu ini amat penting sekali bagi memastikan kami dapat teruskan perjalanan ini sehingga Ahad,” katanya.

Maguire, 28 tahun, kekal tidak tewas di Inverness Club, Ohio, pada 2021 dan berjaya meraih empat setengah mata daripada lima perlawanannya – satu rekod bagi seorang pemain baru – lantas sejak itu menetapkan laluan kejayaan Eropahnya.

Pemain ke-17 dunia itu juga berharap dapat kekalkan rentak kemenangannya di tempat sendiri dan berharap penonton dapat memberi dorongan kepada pasukan Eropah pimpinan Suzann Pettersen itu untuk mengekalkan kemenangan ketiga mereka itu.

“Saya rasa bak seorang pemain baru yang akan bermain di tempat sendiri. Ini semua satu pengalaman baru buat saya, maka saya akan terus mencuba dan menikmati minggu ini seberapa yang boleh dan pamerkan tenaga dan semangat yang ingin disaksikan penonton.

“Saya difahamkan ramai peminat dari Ireland yang akan hadir semasa saya bermain dan ada yang berpakaian khas semata-mata untuk pertandingan itu,” tambahnya.

Sementara itu persiapan pasukan Amerika dikhabarkan terjejas selepas beg dan batang golf Danielle Kang gagal tiba di Sepanyol.

Namun pemain berusia 30 tahun itu yang merupakan salah seorang pemain paling berpengalaman dalam pasukan pimpinan Stacy Lewis, menganggap masalah itu satu perkara kecil sedang beliau buat persiapan untuk penampilan keempatnya dalam pertandingan berpasukan wanita terbesar dalam sukan golf.

Beliau berkata: “Seluruh pasukan Amerika telah membantu saya. Semua orang memberi perhatian terhadap hal itu.


“Mereka telah cuba menjejak beg saya ke Vegas, ke Amsterdam dan penaja saya sedang buat persiapan untuk menyediakan set kedua buat saya.


“Set kedua itu dijadual diterbangkan malam ini dan sebuah lagi syarikat pengilang telah sediakan satu set sementara buat saya bermain. Inilah masalah yang perlu dihadapi, tapi kita perlu berhadapan dengannya.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >