Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain hoki alami angin ahmar dek bertembung pemain lawan

Jun 07, 2019 | 05:30 AM



PEMAIN hoki kebangsaan, Siti Nur Raihanah Waled, mengalami kecederaan kepala sehingga menyebabkan badan, kaki serta jari-jemarinya berasa kebas.



Pemain berusia 24 tahun itu, yang mewakili Kelab Hoki Vanquishers, bertembung dengan pemain lawan semasa kalah 1-4 menentang Kelab Hoki Crescent dalam perlawanan Liga Kebangsaan Hoki pada Ahad lalu.



Kecederaan yang dialaminya itu begitu serius sehinggakan doktor memberitahunya ia menyebabkan beliau mengalami angin ahmar.



Sewaktu dihubungi Berita Harian semalam, Siti Nur Raihanah, yang kini masih dirawat di Hospital Besar Sengkang, menjelaskan kejadian yang berlaku di Stadium Hoki Sengkang.



"Apabila saya jatuh dan terlentang di padang hoki, saya langsung tidak boleh bergerak. Badan, kaki serta jari-jemari saya rasa kebas," ujarnya.



Ia berlaku di saat akhir perlawanan, hampir empat minit sebelum perlawanan itu dijadual berakhir.



Beliau bertembung dengan pemain lawan lalu jatuh dan terhentak kepalanya.



"Ia adalah sesuatu kesakitan yang tidak pernah saya alami," sambungnya.



Biarpun impak daripada pertembungan itu amat kuat, beliau masih sedarkan diri.



"Saya hanya boleh bergerak semula selepas lima jam dihantar ke A&E. Saya boleh bergerak tapi masih rasa lemah, " katanya yang telah bermain hoki sejak 15 tahun yang lalu.



Menurut, Siti Nur Raihanah doktor memberitahunya beliau mengalami angin ahmar dan ini terbukti dalam imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik), yang menunjukkan titik hitam kecil di otak kirinya.



Kini, beliau tidak dapat berjalan lama sendiri.



"Saya hanya dapat jalan enam hingga tujuh langkah tapi harus berhenti sebab kepala saya masih rasa pening," katanya lagi.



Siti Nur Raihanah masih tidak dibenarkan keluar dari hospital kerana harus menjalani beberapa imbasan lagi.



Kejadian itu juga mencetuskan kebimbangan selepas penangguhan pada bantuan perubatan.



Salah seorang rakan pasukannya, Syahreena Zainudin, mendakwa bahawa tiada kakitangan Persatuan Hoki Singapura (SHF) yang hadir membantu ketika Siti Nur Raihanah rebah semasa perlawanan.



Para pemain terpaksa mengangkat Siti Nur Raihanah ke tepi padang.



"Kami rasa cemas dan tidak tahu untuk lakukan apa. Kakitangan perlawanan sepatutnya bertindak lebih pantas.




"Ia adalah sesuatu kesakitan yang tidak pernah saya alami..."Saya hanya boleh bergerak semula selepas lima jam dihantar ke A&E. Saya boleh bergerak tapi masih rasa lemah.''
- Siti Nur Raihanah Waled.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >