Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemain muda cipta sejarah bantu Liverpool ke separuh akhir
REMBATAN BERSEJARAH: Penyerang remaja Liverpool, Ben Woodburn (kiri), menjaringkan gol sulungnya semasa membantu kelabnya itu mara ke separuh akhir Piala Liga England dinihari semalam. - Foto AFP
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 1, 2016 | 5:30 AM
LONDON: Pemain remaja Liverpool, Ben Woodburn, mengukir sejarah manis apabila tampil sebagai penjaring gol termuda kelab Anfield itu semasa kemenangan 2-0 ke atas Leeds yang menempatkan pasukannya itu di separuh akhir Piala Liga England dinihari semalam.
Detik hebat yang pastinya diingati Woodburn, 17 tahun, sepanjang hayatnya itu tiba pada minit ke-81 apabila bola rembatannya di hadapan penyokong yang berada di sudut yang masyhur 'Kop End' mencecah jaring gawang Leeds.
