Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain muda papar kehebatan

Nov 23, 2022 | 06:27 AM



BEBERAPA bintang muda membuktikan tiada padang terlalu besar untuk mereka memaparkan kehebatan mereka.



Dalam perlawanan Piala Dunia Qatar kelmarin dan awal pagi semalam, wajah-wajah baru menjadi tumpuan di pentas terbesar bola sepak dunia.



Jude Bellingham, 19 tahun, memakau ramai dengan persembahan cemerlangnya dalam kemenangan 6-2 England ke atas Iran dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B mereka malam kelmarin.



Selain tandukannya pada babak pertama memulakan pesta gol England, pemain midfield Borussia Dortmund itu juga menunjukkan kematangan dalam permainannya.



"Kita berbual tentang pemain midfield hebat yang kita telah bermain bersama dan lihat di England pada generasi kita - tiada daripada mereka melakukan apa yang sedang dia lakukan pada usia ini, di pentas ini," kata bekas pemain pertahanan England dan punditBBC Sport, Rio Ferdinand.



Semasa menentang Iran, penguasaan Bellingham di tengah padang diserlahkan oleh statistiknya - remaja itu melengkapkan 96.8 peratus daripada 95 hantarannya.



Beliau juga membuat sejumlah 48 hantaran ke bahagian serangan - paling banyak daripada sembarang pemain di padang. Ini ditambah dengan tujuh kemenangan dalam 10 pertarungannya, serta nisbah 100 peratus ketika merebut bola daripada lawan.



"Kewibawaan yang ditonjolkannya di atas padang melebihi usianya - dia seorang pemain bola sepak hebat tetapi untuk beraksi di Piala Dunia seperti itu pada usia itu...



"Saya tidak kata dia lebih baik atau sehebat mereka semua (Frank Lampard, Steven Gerrard, Paul Scholes dan David Beckham) tetapi pada usia ini tiada seorang pun daripada mereka melakukan apa yang dia lakukan dan sangat menakjubkan menonton dia beraksi," tambah Ferdinand.



Rakan sepasukan Bellingham, Bukayo Saka, 21 tahun, turut mendapat pujian apabila menjaringkan dua gol bagi England.



Selepas menjadi mangsa perkauman ketika gagal menyempurnakan sepakan penalti penentu dalam kekalahan perlawanan akhir England kepada Italy di Euro 2020 Julai tahun lalu, Saka kelihatan sudah bangkit daripada episod gelap itu.



Pemain Arsenal itu berkata: "Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya. Saya sangat gembira dan sangat bangga. Kami juga mendapat kemenangan, jadi ia adalah hari sangat istimewa.



"Saya kini berada di tempat baik. Saya rasa disokong dan disayangi peminat, kakitangan jurulatih dan rakan sepasukan. Itu yang saya perlukan. Saya rasa bersedia untuk memberi usaha 100 peratus dan saya akan terus berbuat sedemikian setiap kali saya menyarung jersi."



Dalam pada itu, Cody Gakpo, 23 tahun, membantu Belanda menewaskan Senegal 2-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A awal pagi semalam.



Tandukan penyerang PSV Eindhoven itu pada minit ke-84 akhirnya berjaya mem-bolosi gawang Edouard Mendy, sebelum pemain gantian Davy Klaassen menjamin kemenangan Belanda dengan golnya pada waktu tambahan.



Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, pemain sayap remaja Amerika Syarikat, Timothy Weah, 22 tahun, hampir menjadi wira pasukannya ketika tenang menjaringkan gol sulungnya dalam Piala Dunia pada minit ke-36 awal pagi semalam.



Namun, AS disekat 1-1 apabila Wales dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-82, yang disempurnakan oleh Gareth Bale, untuk memberi pasukan itu gol pertama mereka dalam Piala Dunia sejak 1958.



Apa persamaan antara empat bakat muda itu? Sekurang-kurangnya satu gol dalam penampilan sulung mereka dalam Piala Dunia 2022. Usia muda pasti bukan alasan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >