Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain muda terbaik Piala Dunia sertai Chelsea pada harga rekod

Enzo Fernandez pindah dari Benfica pada bayaran $173j - tertinggi dalam bola sepak Britain
Feb 2, 2023 | 5:30 AM
ENZO FERNANDEZ: Menjaringkan empat gol dalam 29 penampilan bagi Benfica dan satu gol dalam Piala Dunia semasa Argentina menentang Mexico. - Foto-foto REUTERS, AFP
ENZO FERNANDEZ: Menjaringkan empat gol dalam 29 penampilan bagi Benfica dan satu gol dalam Piala Dunia semasa Argentina menentang Mexico. - Foto-foto REUTERS, AFP -

LONDON: Chelsea bersetuju menandatangani Enzo Fernandez daripada Benfica pada bayaran £107 juta ($173 juta), satu rekod pemindahan sebuah kelab bola sepak England.

Menurut satu laporan BBC, bayaran itu lebih tinggi daripada harga £100 juta yang dibayar Manchester City pada 2021 apabila mereka mendapatkan khidmat Jack Grealish.

Dalam satu kenyataan, Benfica berkata ia telah "mencapai persetujuan dengan Chelsea FC untuk penjualan semua hak bagi pemain Enzo Fernandez".

Fernandez, yang menyertai Benfica pada harga £10 juta Ogos lalu, dinamakan sebagai pemain muda terbaik Piala Dunia 2022 di Qatar, yang dimenangi Argentina.

Beliau, 22 tahun, menyumbatkan empat gol dalam 29 penampilan bagi Benfica dan menjaringkan satu gol dalam Piala Dunia semasa menentang Mexico.

Ia antara pemindahan termahal dalam bola sepak, dengan jumlah tersebut serupa harga pemindahan yang ditawarkan Barcelona pada 2019 bagi mendapatkan penyerang Perancis Antoine Griezmann.

Dengan ini, perbelanjaan pemindahan Chelsea - yang menduduki tangga ke-10 Liga Perdana England (EPL) - bulan lalu mencapai £288 juta, menurut laman web pengamatan pemindahan Transfermarkt.

Chelsea juga telah menandatangani Noni Madueke, Mykhailo Mudryk, David Datro Fofana, Andrey Santos, Benoit Badiashile dan Malo Gusto secara tetap dalam tempoh pemindahan ini, di samping membawa Joao Felix sebagai pemain pinjaman daripada Atletico Madrid.

Tempoh pemindahan kali ini juga melihat pasukan EPL yang lain memperkukuh kesebelasan mereka.

Menukil satu laporan The Mirror, Arsenal berjaya menambat Leandro Trossard daripada Brighton pada harga £27 juta, Jakub Kiwior daripada Spezia sebanyak £21 juta, dan Jorginho daripada Chelsea £12 juta.

Liverpool mendapatkan khidmat Cody Gakpo daripada PSV Eindhoven pada bayaran £37 juta, manakala Manchester City menandatangani Maximo Perrone daripada pasukan liga Argentina Velez Sarsfield sebanyak £8 juta.

Tottenham Hotspur telah mendapatkan khidmat beberapa pemain, antaranya Pedro Porro daripada Sporting Lisbon pada bayaran £40 juta.

Dalam pada itu, terdapat beberapa pemindahan 'mengejutkan', khususnya peralihan pemain bek kanan Manchester City João Concelo ke Bayern Munich sebagai pemain pinjaman, dengan pilihan membelinya pada harga £61.5 juta musim panas ini.

Menukil laporan BBC, terdapat desas-desus mengenai ketidakpuasan Concelo dan pengurus Manchester City Pep Guardiola yang menyebabkan perpindahan itu.

Manchester United pula mengumumkan kelmarin kelab itu telah menandatangani pemain midfield Marcel Sabitzer daripada Bayern Munich secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

Sabitzer, 28 tahun, kehilangan tempatnya di Bayern beberapa bulan kebelakangan ini dan berminat menyertai United. Beliau pemain kedua berpindah ke Old Trafford, selepas ketibaan penyerang Wout Weghorst secara pinjaman daripada Burnley.

Pemindahan termahal dalam Liga Perdana England

  1. Enzo Fernandez

Benfica ke Chelsea, 2023, 121 juta euro

  1. Jack Grealish

Aston Villa ke Manchester City, 2021, 117.5 juta euro

  1. Paul Pogba

Juventus ke Manchester United, 2016, 105 juta euro

  1. Antony

Ajax ke Manchester United, 2022, 95 juta euro

  1. Harry Maguire

Leicester ke Manchester United, 2019, 87 juta euro

  1. Romelu Lukaku

Everton ke Manchester United, 2017, 84.7 juta euro

  1. Virgil Van Dijk

Southampton ke Liverpool, 2018, 84.65 juta euro

  1. Jadon Sancho

Dortmund ke Manchester United, 2021, 85 juta euro

- Sumber: BBC

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg