'Pemain Perancis tidak takut bermain di stadium sasaran pengganas'
Premium
'Pemain Perancis tidak takut bermain di stadium sasaran pengganas'
Mar 23, 2016 | 5:30 AM
LATIHAN SEBELUM PERLAWANAN: Pemain tengah Perancis Jeremy Mathieu (kiri) dan Blaise Matuidi (dengan bola) menyertai satu sesi latihan di Clairefontaine en Yvelines pada Isnin lalu, hari pertama latihan mereka menjelang perlawanan persahabatan menentang Belanda pada Jumaat ini. - Foto AFP -
PARIS: Jurulatih skuad bola sepak Perancis, Didier Deschamps, kelmarin menegaskan bahawa pemainnya tidak akan berasa takut apabila mereka bermain buat kali pertama di Stade de France sejak ia menjadi sasaran pengebom nekad pada November lalu.
Sejak insiden itu, pasukan ragbi Perancis telah bermain di sana menentang pasukan Italy dan Ireland, tetapi perlawanan menentang Belanda pada Jumaat ini ialah perlawanan bola sepak antarabangsa yang pertama sejak Perancis menentang Jerman pada 13 November tahun lalu.

