Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA POOL

Pemain SG naib juara lepas tewas kepada Sepanyol

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA gagal memenangi kejuaraan sulung mereka dalam Piala Dunia Pool selepas tewas di tangan Sepanyol, yang menjulang mahkota pertama mereka dalam pertandingan itu kelmarin.



Namun, pemain pool negara Aloysius Yapp, yang menduduki ranking ketujuh dunia, dan Toh Lian Han, pemain ranking ke-68, mencipta sejarah dengan menjadi pasangan Singapura pertama berjaya ke final pertandingan itu.



Mereka membawa pulang wang tunai AS$30,000 ($41,700), lapor The Straits Times.



Kejayaan terbaik Singapura dalam pertandingan itu ialah memasuki suku akhir pada 2007, dengan gandingan Toh dan Chan Keng Kwang.



Mengulas mengenai pencapaian mereka, Yapp, 26 tahun, yang juga bekas pemain nombor satu dunia, berkata:



"Memasuki ke final adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana kami bak terkial-kial dan kami sebenarnya tidak memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan kedua.



"Selepas kami berjaya menewaskan Kuwait, ia seperti permulaan baru bagi kami, dan sangat menakjubkan melihat betapa jauh kami berjaya melangkah.



"Sepanyol bermain dengan cemerlang dan kami tidak mempunyai banyak peluang.



"Dan apabila kami mendapat peluang, kami gagal memanfaatkannya.



"Namun tidak mengapa. Ia adat pertandingan dalam sukan pool ini. Kami agak bernasib baik sepanjang minggu ini."



Memang sepanjang kejohanan di Pusat Brentwood di Essex, England, itu pemain nombor lima dunia Sepanyol, Francisco Sanchez Ruiz, dan pemain ranking ke-18, David Alcaide, berada dalam prestasi cemerlang apabila mereka menewaskan Australia dan Albania 7-1, Great Britain B 9-2, dan Taiwan 9-4.



Selepas perlawanan akhir itu, Ruiz berkata: "Saya berasa sangat gembira sekarang. Saya rasa kami layak memenangi trofi ini kerana kami bekerja keras, mengembara ke seluruh dunia, mengharungi detik sukar bagi satu kejohanan seperti ini, dan kami akhirnya mendapatkannya hari ini."



Yapp dan Toh, 50 tahun, berjaya menangkis saingan daripada pilihan kedua Amerika Syarikat, pemain nombor satu dunia Shane van Boening dan Skyler Woodward, yang menduduki ranking ke-56, dengan keputusan 9-3 pada separuh akhir.



Ia kali kedua mereka berjaya menyingkirkan bekas juara dunia itu dalam pertandingan tersebut, setelah menewaskan pemenang 2012, Finland, 9-6 pada suku akhir.




"Memasuki ke final adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana kami bak terkial-kial dan kami sebenarnya tidak memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan kedua. Selepas kami berjaya menewaskan Kuwait, ia seperti permulaan baru bagi kami, dan sangat menakjubkan melihat betapa jauh kami berjaya melangkah."
- Aloysius Yapp, yang menduduki ranking ketujuh dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >