Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain simpanan Singapura layak bertanding dalam Pertandingan Badminton Terbuka

Jul 16, 2018 | 07:38 PM



Pemain badminton dunia kini tiba di Singapura untuk bersiap sedia bagi pertandingan Badminton Terbuka Singapura tahun ini yang bakal diadakan di Stadium Tertutup Singapura mulai 17 hingga 22 Julai. 



Walaupun pertandingan belum bermula, skuad badminton negara telah menerima berita baik bahawa dua daripada pemain simpanannya layak untuk bertanding dalam pusingan kelayakan. 



Pemain perseorangan wanita, Yeo Jia Min, 19 tahun dan pemain perseorangan lelaki, Loh Kean Yew, 21 tahun telah diberikan tempat dalam pusingan kelayakan bagi pertandingan masing-masing. 



Ini selepas beberapa pemain mengambil keputusan untuk menarik diri dari pertandingan itu. 



Antaranya adalah pemain wanita perseorangan, Ratchanok Intanon dari Thailand, yang menarik diri kerana kecederaan belakang dan Tommy Sugiarto dari Indonesia yang menarik diri akibat kecederaan di tangan. 



Kededua pemain tersebut menghargai peluang yang diberikan untuk bertanding di padang sendiri dan berazam untuk memberikan yang terbaik dalam kejohanan itu yang bermula esok. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >