Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MALAM ANUGERAH SEKOLAH SUKAN SINGAPURA

Pemain tenis meja Izaac Quek, Zhou Jingyi dapat anugerah cemerlang

SSP
Jan 28, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS mengecapi musim cemerlang tahun lalu, yang menyaksikan mereka menggenggam beberapa pingat, pemain tenis meja remaja Izaac Quek dan Zhou Jingyi diberi ganjaran besar - peluang menyertai pasukan kebangsaan awal bulan ini.



Tahun baru ini turut menjanjikan lebih baik buat mereka apabila diberi anugerah Atlet Pelajar Cemerlang Moo Soon Chong Tahun Ini (Menengah) pada majlis Malam Anugerah Sekolah Sukan Singapura kelmarin.



Rakan sepasukan negara Clarence Chew dan Wong Xin Ru membawa pulang anugerah sama bagi atlet posmenengah, pada malam pemain tenis meja membolot hadiah tertinggi pada majlis anugerah tahunan itu.



Quek, 15 tahun, gembira memenangi anugerah tersebut buat kali kedua berturut-turut selepas menjadi warga Singapura pertama mendapat ranking dunia teratas bagi kategori Bawah 15 tahun April lalu.



Dia juga memenangi lima pingat dalam empat acara Tenis Meja Sedunia (WTT) di Eropah.



"Ini benar-benar memberi saya motivasi kerana saya tidak mempunyai banyak kejayaan (sebelum ini), kecuali menjadi pemain nombor satu dunia, jadi ini bermakna saya sedang menuju ke arah yang betul," kata pelajar menengah empat itu, yang menyasarkan layak ke Sukan Komanwel dan Asia serta kejohanan WTT tahun ini.



Rakan sepasukannya Zhou juga dijangka mempunyai tahun sibuk selepas berjaya menyertai pasukan kebangsaan.



Atlet berusia 16 tahun itu, yang merupakan anggota paling muda dalam pasukan yang mengekalkan pingat gangsa Singapura pada Kejohanan Tenis Meja Asia tahun lalu, akur peralihan itu tidak sebegitu mudah kerana beliau terpaksa menukar gaya permainannya, yang menyebabkan beliau lama tidak dapat mengekalkan rentaknya.



Zhou, yang kini pemain sepenuh masa, berkata: "Saya memberitahu diri saya bahawa ia adalah satu proses biasa... Keadaan akan kembali perlahan sekali lagi dan ia semakin baik sekarang, jadi ia adalah satu perubahan baik."



Beliau akan bersaing dalam tiga acara Pertandingan Remaja WTT di Eropah bulan depan, di mana beliau berharap dapat memenangi pingat atau mara ke peringkat akhir, sebelum mengalihkan tumpuan kepada sasaran pingatnya di Sukan SEA Hanoi pada Mei.



Beliau menambah: "Lebih penting lagi, saya berharap dapat lebih banyak pendedahan dan melihat bagaimana orang dewasa dan orang lebih baik daripada saya bermain agar saya boleh belajar daripada mereka dan menjadi pemain lebih baik."



Majlis anugerah di kampus Sekolah Sukan Singapura (SSP) itu turut menyaksikan pemain badminton Jaslyn Hooi merangkul anugerah Annabel Pennefather Excellence bersama pemain lawan pedang Cheung Kemei.



Hooi, 21 tahun, merangkul gelaran terbesar dalam kerjayanya September lalu apabila memenangi perseorangan wanita di kejohanan antarabangsa Poland.



Beliau berkata: "Memenangi (gelaran) terasa sangat baik tetapi memikirkan kembali, saya juga sangat gembira mengenai kemajuan yang saya capai kerana kami sentiasa memberi tumpuan pada yang boleh diperbaiki dan apabila saya menang saya rasa seperti apa yang telah saya lakukan adalah betul dan ia mendorong saya menjadi lebih baik."



Pemain nombor 100 dunia itu menyasarkan pingat individu di Sukan SEA Hanoi dan berharap dapat mencecah ranking 50 pemain terbaik tahun ini, selepas melihat kejayaan rakan sepasukannya Loh Kean Yew dan Yeo Jia Min.



"Kami menjalani latihan sama, jadi apabila mereka berjaya, saya melihat kembali apa yang mereka lakukan yang berbeza (dariapda saya) supaya saya boleh belajar daripada mereka.



"Yang memberi inspirasi kepada saya ialah komitmen, dedikasi dan usaha mereka dalam latihan. Itu membuatkan saya percaya bahawa badminton Singapura boleh mara ke peringkat dunia, generasi demi generasi, dan saya harap lebih ramai pemain boleh menjadi seperti mereka," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >