Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Pemain yang langgar sekatan Covid-19 tidak layak beraksi'

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Kelab-kelab bola sepak digesa mengambil tindakan lebih keras atas pemain yang melanggar protokol koronavirus.



Para pemain dari Tottenham, Fulham, Crystal Palace, West Ham dan Manchester City telah dikecam oleh kelab mereka kerana melanggar sekatan tahap empat England semasa cuti Tahun Baru.



Kelmarin, Manchester City mengumumkan siasatan setelah pemain pertahanan Benjamin Mendy menganjurkan pesta malam Tahun Baru.



Sementara itu, Sabtu lalu, bos Tottenham Jose Mourinho berkata beliau kecewa berikutan tiga pemainnya menghadiri pesta Hari Natal dan melanggar peraturan.



"Ia tidak menghormati penyokong dan rakan sepasukan anda," kata bekas pemain pertahanan Liverpool Stephen Warnock kepada BBC Radio 5 Live.



"Sekiranya saya masih beraksi sekarang, saya akan terdesak untuk bermain, jadi mengapa anda mahu letakkan diri anda pada risiko dengan melanggar peraturan?



"Pemain berada dalam kedudukan yang sangat beruntung dan anda harus sedar bahawa anda memberi sesuatu kembali pada waktu yang sangat penting ini, cuba jadikan diri anda contoh baik. Keluarga mereka juga harus lakukan yang sama."



Bekas penyerang Blackburn Chris Sutton juga memberitahu 5 Live: "Agak pelik pemain dibenarkan bermain atau duduk di bangku simpanan sekiranya mereka langgar peraturan.



"Kelab-kelab harus kata 'anda sudah langgar peraturan, anda tidak boleh bermain'. Pemain Liga Perdana tidak sepatutnya diberi layanan istimewa dan mereka mendapatnya.



"Kelab-kelab perlu bertindak lebih keras," tambah pemain pertahanan Derby Curtis Davies kepada BBC Radio 5 Live.



"Anda tidak boleh biarkan mereka bermain. Mereka tidak akan belajar dari kesalahan. Untuk sampaikan mesej sebenar, anda harus singkirkan mereka daripada beraksi."



Pergaulan antara isi rumah yang berbeza dalam bangunan dilarang di bawah sekatan tahap empat pemerintah United Kingdom di England.



Jurucakap pemain Perancis Mendy berkata pemain berusia 26 tahun itu telah mengadakan pesta makan malam dengan tetamu di luar isi rumahnya.



Beliau meminta maaf dan disenaraikan dalam pasukan sebagai pemain gantian yang tidak digunakan dalam kemenangan 3-1 di Chelsea kelmarin. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >