Pemenang acara Maraton Standard Chartered gagal ujian dadah
Premium
Pemenang acara Maraton Standard Chartered gagal ujian dadah
May 4, 2019 | 5:30 AM
LEPASKAN GELARAN JUARA: Lim terpaksa melepaskan gelaran juara SCSM 2018 yang dimenanginya selepas gagal dalam ujian dadah. - Foto fail -
PELARI terbaik wanita negara di acara Maraton Standard Chartered Singapura (SCSM) telah dilarang mengambil bahagian selepas gagal dalam ujian dadah.
Larangan tersebut disampaikan kepada Lim Baoying oleh Unit Integriti Atletik (AIU) yang berpangkalan di Monaco dan juga penguasa pengurusan keputusan bagi SCSM 2018, menurut laporan The Straits Times.

