Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA SUZUKI

Pemilihan pusingan kumpulan Piala Suzuki diadakan Ogos ini

Jun 04, 2021 | 05:30 AM



PERTANDINGAN bola sepak dwitahunan antara negara-negara Asia Tenggara mungkin boleh diadakan seperti dirancang tahun ini, meskipun rantau ini sedang mengalami lonjakan dalam kes-kes Covid-19.



Persekutuan Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) kelmarin, berkata pemilihan bagi pusingan kumpulan Piala AFF Suzuki 2020 itu akan diadakan pada 10 Ogos.



Butiran lanjut bagi pertandingan 10 pasukan, termasuk keterangan lanjut mengenai proses pemilihan pada 10 Ogos, tempat dan format pertandingan akan diberikan di masa depan, kata kenyataan itu.



Pertandingan itu pada mulanya dijadual berlangsung antara 5 Disember 2020 dengan 1 Januari tahun ini.



Namun ia telah ditangguh dua kali setakat ini.



Tarikh asal iaitu November 2020 telah dianjak ke April tahun ini sebelum lonjakan kes koronavirus memaksa penganjur untuk menganjak tarikh itu lagi.



Sejak edisi 2018, yang dimenangi oleh Vietnam, pasukan yang menyertai pertandingan ini telah memainkan permainan mengikut format perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan - satu percubaan penganjur untuk menarik penyokong ke stadium.



Sebelum itu, format asal memperuntuk bagi satu atau dua negara sebagai hos bagi peringkat kumpulan.



Presiden AFF Mejar-Jeneral Khiev Sameth berkata format mengadakan pertandingan di satu tempat semasa pandemik ini sedang dipertimbangkan.



"Meskipun hasrat AFF adalah untuk mengadakan pertandingan mengikut format dan jadual penuh, termasuk di negara-negara pasukan yang bersaing, kami juga sedang keperluan meneroka dan membuat persiapan bagi kesan pandemik Covid-19, termasuk menggunakan format lain yang memperuntuk lokasi sama bagi semua perlawanan, kata Sameth.



"Kesihatan dan keselamatan semua pihak berkepentingan adalah keutamaan kami apabila kami meneroka pelbagai pilihan untuk mengadakan pertandingan."



Singapura telah memenangi pertandingan itu empat kali (1998, 2004, 2007 , 2012) tetapi gagal mara dari pusingan kumpulan dalam tiga edisi berturut-turut.



Namun di bawah bimbingan jurulatih dari Jepun Tatsuma Yoshida, pasukan bola sepak nasional telah menunjukkan prestasi lebih memberangsangkan dalam kelayakan Piala Dunia 2022, termasuk memenangi perlawanan dengan Palestine dan Yaman, yang menduduki ranking dunia lebih tinggi.



Buat masa ini, anak didik Yoshida berada di tangga ketiga dalam Kumpulan D, dengan tujuh mata.



Arab Saudi mendahului kumpulan dengan 11 mata, diikuti Uzbekistan yang mempunyai sembilan mata




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >