Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peminat Argentina teruja pasukan mara ke final

Dec 15, 2022 | 5:30 AM
SAMBUTAN DIRASAKAN: (Dari kiri) Joel Wong, Giillermo Bazan dan Cai Li merupakan antara para peminat yang menyaksikan perlawanan antara Argentina dengan Croatia semalam. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR
SAMBUTAN DIRASAKAN: (Dari kiri) Joel Wong, Giillermo Bazan dan Cai Li merupakan antara para peminat yang menyaksikan perlawanan antara Argentina dengan Croatia semalam. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR -

ARGENTINA kini hanya memerlukan kemenangan terakhir di peringkat final sebelum layak bergelar juara Piala Dunia 2022.

Bagi warga Argentina, Guillermo Bazan, senario yang dilaluinya semalam merupakan pengalaman yang pernah dilaluinya sedikit masa dahulu.

Profesor dalam bidang kimia di Universiti Nasional Singapura (NUS) itu telah menyertai sambutan di tempat lahirnya apabila Argentina menjuarai Piala Dunia 1978 dan 1986.

Menurut akhbar The Straits Times (ST), beliau bersedih apabila pasukan negaranya tewas pada 1990 dan 2014.

Menurutnya:

"Sebagai seseorang yang berasal dari Argentina, ini merupakan detik penting.

"Bagi kami ia bukan sekadar perlawanan.

"Ia bak keluarga, ia bersejarah, kerana hampir 30 tahun lalu kami berduka kerana hampir jadi juara.

"Tapi kini kami dalam final sekali lagi dan ia bukan perasaan yang mudah diperkatakan."

Bazan merupakan antara 50 orang yang berkumpul, kebanyakannya peminat Argentina, yang telah berkumpul di kawasan The Lawn di Chijmes, bagi siaran luar perlawanan separuh akhir antara pasukan kegemaran mereka itu dengan Croatia.

Argentina menang 3-0.

Sekumpulan 15 warga Argentina duduk di barisan hadapan - lengkap dengan jersi pasukan negara mereka.

Sudah pasti mereka tidak dapat duduk diam apabila menyaksikan pasukan Argentina membuat tiga jaringan.

Kesemua mereka melonjak kegembiraan dan mendakap sesiapa yang bersebelahan mereka.

Emosi amat dirasakan tatkala Argentina menjaringkan gol ketiga - seolah-olah menjamin pasukan itu ke final.

Apatah lagi gol jaringan Julian Alvarez itu hasil umpanan Lionel Messi.

Duta besar Argentina ke Singapura, Encik Mauricio Nine, menjangkakan final Piala Dunia perlawanan mencabar dan hebat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg