Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peminat banjiri kawasan hotel nantikan Manchester United

Jul 19, 2019 | 8:16 AM
SAMBUTAN GEMURUH: Peminat menantikan ketibaan Manchester United yang berada di Singapura bagi ICC.
SAMBUTAN GEMURUH: Peminat menantikan ketibaan Manchester United yang berada di Singapura bagi ICC. - Foto DESMOND WEE

KAWASAN Marina Bay dibanjiri warga Singapura berbaju merah yang bersorak sambil menyanyi malam tadi (18 Julai).

Namun, tujuannya bukan sempena Hari Kebangsaan tiga minggu lagi, tetapi mereka semangat menyambut ketibaan Kelab Liga Perdana England (EPL) Manchester United yang berada di sini untuk bertanding dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di Stadium Negara hujung minggu ini.

Sekitar 100 peminat menanti kehadiran Red Devils itu di luar sebuah hotel di Marina Bay, dengan ada di antara mereka sudah tunggu selama tiga jam sebelum ketibaan pasukan tersebut pada 8.16 malam.

Pemain striker Mason Greenwood dilihat mengambil video orang ramai yang menantikan ketibaan pasukannya sedang bas yang dinaikinya memasuki kawasan hotel.

Watch on YouTube

Di lobi hotel pula, mereka memberi sambutan gemuruh kepada pemain United seperti Juan Mata dan Paul Pogba sambil memekik nama mereka dan menyanyikan "Glory Glory Man United".

Pemain itu juga membalas sambutan yang cukup bersemangat itu dengan senyuman dan lambaian.

United akan berhadapan dengan Inter Milan esok.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg