Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA JUARA-JUARA ANTARABANGSA

Peminat berpeluang temui bintang bola sepak di Hab Sukan

Jul 17, 2019 | 05:30 AM



PARA peminat bola sepak dijangka membanjiri Hab Sukan Singapura hujung minggu ini bagi menyaksikan idola bola sepak mereka beraksi dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC).



Pada masa yang sama orang ramai juga boleh menjangkakan kegiatan lain yang dianjur dan disediakan di luar jadual kejohanan tahunan itu, yang akan memaparkan pasukan hebat England seperti Manchester United dan Tottenham Hotspur serta gergasi Italy, Juventus dan Inter Milan.



Kegiatan yang disediakan termasuk cabaran foosball, tendangan penalti, pengalaman permainan sukan elektronik dan sukan virtual.



Semua itu akan berlangsung di OCBC Square bermula 19 hingga 21 Julai ini.



Para peminat Juventus boleh mengetahui tentang kisah sejarah lama dan masa kini pasukan yang dikenali sebagai Old Lady itu menerusi lawatan virtual Stadium Juventus di zon peminat ICC.



Barangan cenderahati juga akan dijual di situ.



Memandangkan ramai yang menjangkakan ketibaan para idola mereka seperti Ronaldo dan kapten England, Harry Kane, maka Hab Sukan Singapura menggesa para penyokong agar tiba sekurang-kurangnya sejam sebelum perlawanan bermula.



Langkah-langkah pemeriksaan kemasukan yang dipertingkat akan dilaksanakan di sekitar Stadium Nasional bagi perlawanan yang dijadual berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.



Kesesakan jalan raya serta kelengahan trafik dijangka berlaku selepas tamat perlawanan dan orang ramai dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam, sedang pintu-pintu masuk ke stadium terletak berdekatan stesen MRT Stadium.



Mereka yang memandu patut sedar bahawa sebahagian seksyen tempat letak kereta 5 di Leisure Park di Kallang ditutup buat selamanya.



Hab Sukan juga mengingatkan para penyokong agar memeriksa nombor pintu masuk yang tertera pada tiket masing-masing sebelum menuju ke pusat pemeriksaan keselamatan berdekatan.



Pusat-pusat pemeriksaan itu akan mula dibuka pada 5 petang bagi kededua perlawanan, sedang pintu masuk akan dibuka mulai 6 petang.



Para pemegang tiket perlu tahu bahawa tiada kemudahan menyimpan yang disediakan dan beg-beg berlebihan saiz 35 sentimeter (cm) panjang, 20 cm lebar dengan ketinggian 30 cm, termasuk bagasi pakaian dan barangan besar, tidak akan dibenar masuk ke stadium.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >